Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran Pendidikan DTTAS bantu lepasan sekolah tentukan hala tuju masa depan

-

MIRI: Pameran Pendidikan 2022 anjuran Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) direka khas bagi menyampaik­an maklumat mengenai peluang dan bantuan pendidikan, latihan serta hala tuju kerjaya untuk pelajar dan lepasan sekolah di negeri ini.

Program pendidikan yang menyasarka­n lepasan SPM dan STPM dan mereka yang bakal menduduki peperiksaa­n awam itu dijangka dianjurkan Ogos depan, bertujuan memberi ruang dan peluang kepada pelajar dan belia di kawasan luar bandar mendapatka­n maklumat terkini mengenainy­a.

Setiausaha publisiti program Malvina Albert Klinsing berkata, pameran itu kelak akan menumpukan kepada bimbingan dan panduan amat penting bagi golongan ini pada masa kini kerana tersalah pilih laluan akan membawa masalah pada masa depan.

DTTAS akan menganjurk­an program pendidikan itu dengan menjelajah di seluruh Sarawak dan ia dijalankan secara berterusan dari satu daerah ke satu daerah, dengan menumpukan kawasan luar bandar.

“Strategi ini amat penting berikutan perubahan pendidikan dan tuntutan kerjaya yang sering mengutamak­an keseimbang­an dalam keduadua perkara tersebut.

“Oleh itu, melalui pendedahan pada program ini para lepasan SPM dan STPM amnya, yang kurang berjaya dalam akademik akan berpeluang memilih kursus atau bidang pendidikan yang sesuai dengan kelulusan dan minat mereka,” tambahnya.

“Kita pasti ramai para belia yang memperoleh­i keputusan kurang memuaskan masih ragu-ragu dan dibelenggu pelbagai keputusan sama ada ingin menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi atau terus memasuki alam kerjaya,” katanya.

Oleh yang demikian, DTTAS mahu memastikan penganjura­n program seumpama ini kelak, akan menjadi bimbingan dan panduan kepada pelajar dan lepasan sekolah, agar mereka membuat keputusan bijak dan tidak membazir masa serta wang ringgit, seterusnya mengakibat­kan mereka terlepas peluang mendapatka­n pekerjaan yang lebih baik setelah tamat pengajian.

Menurut Malvina, DTTAS percaya perancanga­n kerjaya dapat dilakukan dengan mudah seandainya graduan mendapat panduan yang betul mengenai perancanga­n kerjaya mereka pada masa depan.

“Semakin banyak maklumat yang diperolehi oleh seseorang berkaitan kerjaya yang dipilih maka akan menjadikan perancanga­n kerjaya mereka lebih baik.

“Secara khususnya, membuat perancanga­n kerjaya memerlukan maklumat tentang pekerjaan yang sedang dipertimba­ngkan daripada pelbagai aspek yang relevan seperti pengetahua­n, kemahiran, latihan dan sebagainya yang kemudian digabungka­n dengan maklumat individu yang mencari pekerjaan iaitu aspek kedua yang tidak kurang pentingnya,” ujar beliau.

“Justeru, kita mahu belia bergerak aktif menggunaka­n platform yang telah disediakan kerajaan agar misi dan matlamat DTTAS untuk melahirkan belia yang berketramp­ilan dapat direalisas­ikan pada tahap yang paling maksimum dan memberangs­angkan,” tambahnya.

Program anjuran DTTAS itu turut mendapat kerjasama Yahos School of Skills dan disertai 12 institusi dan agensi pendidikan, kemahiran serta kerjaya.

 ?? ?? MALVINA
MALVINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia