Utusan Borneo (Sarawak)

Everrise Tabuan Jaya tawar persekitar­an membeli-belah runcit yang selesa

-

KUCHING: Everrise, sebuah pasar raya premium berpangkal­an di Sarawak mengumumka­n pembukaan cawangan ke-17nya di Tabuan Jaya semalam.

Dengan kawasan seluas 9,000 kaki persegi, outlet Everrise Tabuan Jaya bersedia untuk menawarkan persekitar­an membeli-belah runcit yang selesa dengan menawarkan pelbagai jenis produk makanan import dan tempatan.

Pasar raya besar itu mempunyai stok yang lengkap dengan pelbagai jenis produk import, menampilka­n buahbuahan dan sayur-sayuran segar yang diimport, yogurt dan ais krim yang diimport, snek gourmet dan konfeksion­ari, pasta, produk Woolworths eksklusif dan banyak lagi untuk memenuhi pelbagai keperluan barangan runcit pembeli.

Terdapat juga rangkaian makanan laut segar terjamin kualiti yang menarik, salmon, daging dan ayam, itik serta bahagian yang menawarkan makanan organik, penjagaan haiwan peliharaan, penjagaan bayi, produk kertas antara lain di bawah satu bumbung untuk kemudahan pembeli.

Bagi pembeli yang lebih suka mengambil makanan sedia untuk dimakan, sudut kedai roti menawarkan pastri yang baru dibakar selain daripada bar sushi yang menampilka­n set sushi yang lazat.

Bagi meraikan pembukaan Everrise Tabuan Jaya, pembeli boleh mendaftar keahlian percuma dari 23 Jun hingga 3 Julai dan mendapat baucar diskaun RM10 yang boleh ditebus dengan pembelian minimum RM60.

Ahli juga menikmati harga eksklusif untuk lebih 1,000 produk serta tawaran menarik lain untuk memberi ganjaran kepada pembeli semasa promosi pembukaan.

Everrise Tabuan Jaya dibuka dari 9.30 pagi hingga 9.30 malam pada hari Ahad hingga Khamis dan 9.30 pagi hingga 10 malam pada hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum.

Untuk maklumat lanjut, boleh e-mel ke feedback@everrise.com.my.

Untuk maklumat terkini dan butiran promosi, ikuti laman Facebook Everrise fb.com/ myeverrise atau langgan saluran Telegram Everrise.

 ?? ?? BAHARU: Antara produk yang ditawarkan di Everrise Tabuan Jaya.
BAHARU: Antara produk yang ditawarkan di Everrise Tabuan Jaya.
 ?? ?? SIHAT:Pembeli boleh mendapatka­n makanan organik yang turut disediakan di Everrise Tabuan Jaya.
SIHAT:Pembeli boleh mendapatka­n makanan organik yang turut disediakan di Everrise Tabuan Jaya.
 ?? ?? PANAS:Sudut kedai roti menawarkan pastri yang baru dibakar.
PANAS:Sudut kedai roti menawarkan pastri yang baru dibakar.
 ?? ?? PEMBUKAAN: (Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Everrise Melody Chum, Pengarah Kumpulan Everrise Tan Siee Lan, Pengarah Kumpulan Everrise Jeffrey Sia dan Pengarah Urusan Kumpulan Everrise Collin Sia merakam kenangan sempena prapelanca­ran pembukaan Everrise Tabuan Jaya. Turut kelihatan Pengarah Komersial Arif Kwan (kanan).
PEMBUKAAN: (Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Everrise Melody Chum, Pengarah Kumpulan Everrise Tan Siee Lan, Pengarah Kumpulan Everrise Jeffrey Sia dan Pengarah Urusan Kumpulan Everrise Collin Sia merakam kenangan sempena prapelanca­ran pembukaan Everrise Tabuan Jaya. Turut kelihatan Pengarah Komersial Arif Kwan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia