Utusan Borneo (Sarawak)

Hotel Dynasty Miri sumbang 50 helai selimut kepada SMK Tutoh Apoh

-

MIRI: Hotel Dynasty Miri telah menyumbang 50 helai selimut kepada pelajar asrama di SMK Tutoh Apoh, barubaru ini.

Sumbangan berkenaan telah disampaika­n kakitangan hotel yang diwakili Stanley Gena kepada Penolong Kanan (PK) Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Tutoh Apoh Ngimbang Jagit.

“Sumbangan ini dapat dicapai dengan usaha pihak hotel bagi memastikan kebajikan para pelajar dijaga,” ujarnya.

Menurut Stanley, SMK Tutoh Apoh terletak di Long Panai Tutoh, Baram iaitu kira-kira 200 kilometer dari bandar raya Miri.

“Untuk sampai ke Long Panai Tutoh, memerlukan kenderaan pacuan empat roda dengan perjalanan kira-kira tiga jam untuk sampai ke lokasi dari Miri.

“Sekolah terbabit menerima pelajar dari pelbagai kampung dan rumah panjang di sekitar Mulu dan Baram.

“Antaranya dari Long Panai, Long Terawan, Kampung Bungan dan kawasan berdekatan tersebut,” katanya.

Ujar beliau, sebahagian pelajar berkenaan terpaksa tinggal di asrama sekolah berikutan jarak rumah dan sekolah yang jauh.

“Oleh sebab itu, kita tampil memberikan sumbangan selimut sebagai sokongan kepada komuniti sekolah untuk kegunaan pelajar terbabit,” tambahnya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia