Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Raya dan Gawai Peringkat Rejimen 510 AW berlangsun­g meriah

-

SIBU: Rejimen 510 Askar Wataniah (AW) telah menganjurk­an Majlis Raya dan Gawai Peringkat Rejimen buat julung kalinya yang bertemakan Pakaian Tradisiona­l Pelbagai Kaum di Kem Sri Rejang, baru-baru ini.

Majlis itu bertujuan mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara pegawai kanan, pegawai dan anggota lain-lain pangkat sama ada tetap mahupun sukarela bersama agensi-agensi kerajaan serta swasta.

Di samping itu, ia dapat meningkatk­an prestasi serta kemajuan dalam mempromosi­kan Askar Wataniah khasnya dan Tentera Darat amnya.

Majlis berkenaan telah dihadiri Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si Sosioekono­mi) merangkap Komander Rejimen 510 AW Brigedier Jeneral Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki dan isteri Datin Sri Baduyah Bujang serta Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Dato Dzulkafli Mustaffa bersama isteri Datin Norziati

Othman.

Turut hadir ialah panglima-panglima formasi di bawah naungan 1 Divisyen.

Selain itu, petua-ketua jabatan agensi awam dan swasta turut hadir bagi memeriahka­n majlis.

Dalam ucapannya, Timbalan Komander Rejimen 510 AW Leftenan Kolonel Ahmad Halim Mohd Rosli melahirkan rasa amat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi selama beliau memegang tampuk pimpinan rejimen itu.

Tambahan pula katanya, majlis seperti itu secara tidak langsung dapat meningkatk­an hubungan baik antara anggota tentera dan orang awam.

“Ini bertepatan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu ‘Peningkata­n Hubungan Tentera Darat dengan Awam’,” jelasnya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia