Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas hilang sejak Isnin belum ditemui

-

MIRI: Semalam masuk hari keempat kehilangan seorang lelaki warga emas di sini sejak Isnin lalu yang masih menjadi tanda tanya dan belum menemui sebarang petunjuk.

Terdahulu, Hadran Taip, 63, yang mengalami nyanyuk disedari hilang selepas menghadiri janji temu di klinik pakar Hospital Miri ditemani isterinya kira-kira jam 1.30 petang.

Malah menurut anak lelakinya, Mohamad Hanafi Hadran, 34, pelbagai usaha dilakukan keluargany­a dan ramai pihak membantu mencari ayahnya itu.

“Setakat ini kami masih belum menemuinya.

“Ramai orang awam yang prihatin menyampaik­an beberapa maklumat yang menyatakan ternampak kelibat ayah di beberapa lokasi.

“Selepas mendapat manamana maklumat, kami akan terus ke lokasi untuk mengesahka­n namun masih gagal menemuinya.

“Namun saya amat berterima kasih kepada semua orang awam yang prihatin berkongsi apa-apa maklumat dan membantu mencari ayah,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini.

Menurut Mohamad Hanafi, selain di sekitar Miri pasukannya turut mencari sehingga ke kawasan Lambir dan Bekenu.

Laporan polis mengenai kehilangan mangsa juga telah dibuat pada Selasa selepas tempoh 24 jam mangsa hilang belum ditemui.

Oleh yang demikian, Mohamad Hanafi menyeru sekali lagi kepada masyarakat untuk menyalurka­n sebarang maklumat jika menemui ayahnya.

“Ciri-ciri ayah adalah tinggi 168 sentimeter, berbadan kurus, rambut beruban, kali terakhir mengenakan baju berwarna biru, seluar panjang hitam kelabu, berselipar hitam, membawa beg merah dan payung.

“Selain menghidap demensia, ayah juga mempunyai penyakit darah tinggi dan sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan kecil baru-baru ini dan masih memerlukan ubatnya,” jelasnya.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubung­i Mohamad Hanafi di talian 0168535770 atau Mohamad Haffiz Hadran di talian 010-9329032.

Selain itu, sekiranya sesiapa yang menemuinya boleh juga dihantar ke alamat Lot 1774, Piasau Jaya 3B, Miri atau mana-mana balai polis berdekatan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia