Utusan Borneo (Sarawak)

Gagal letak tanda harga telur, premis dikompaun

Peniaga gagal meletakkan tanda harga pada telur ayam Gred A yang dipamerkan untuk jualan, kata Joe Azmi

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

Kita telah menyerahka­n satu kompaun serta-merta ke atas peniaga terbabit kerana tidak meletakkan tanda harga pada barangan terkawal (telur).

Joe Azmi Jamil Ketua KPDNHEP Miri

MIRI: Sebuah premis perniagaan di Miri telah dikompaun Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri selepas gagal meletakkan tanda harga pada telur.

Ketua KPDNHEP Miri Joe Azmi Jamil berkata, dalam pemeriksaa­n yang dijalankan kelmarin sebuah premis dikesan kerana peniaga gagal meletakkan tanda harga pada telur ayam Gred A yang dipamerkan untuk jualan.

“Kita telah menyerahka­n satu kompaun serta-merta ke atas peniaga terbabit kerana tidak meletakkan tanda harga pada barangan terkawal (telur).

“Pada Selasa pula, kita turut mengesan kesalahan yang sama kerana tidak meletakkan tanda harga pada telur Gred B dan tindakan juga telah diambil,” jelasnya.

Pemeriksaa­n pelbagai akta mendapati tanda harga barang jualan di premis runcit secara keseluruha­nnya adalah memuaskan.

Manakala pemeriksaa­n penggunaan alat timbang dan sukat untuk tujuan perdaganga­n juga mendapati alat timbang yang digunakan masih dalam tempoh tentusah.

“Pemeriksaa­n bekalan barangan keperluan asas adalah cukup bagi menampung keperluan pengguna di sini,” jelasnya.

Mengulas mengenai jualan air mineral, KPDNHEP Miri pada Selasa turut mengambil tindakan terhadap peniaga yang gagal meletakkan tanda harga pada air minuman botol berjenama Morning Dew 1.5 liter.

“Bagaimanap­un, pemeriksaa­n bekalan air minuman di peringkat runcit mendapati ia ada dijual di premis yang dilawati.

“Air minuman Morning Dew 1.5 liter dijual pada harga RM8 sekotak.

“Air minuman ini mengalami kekurangan bekalan susulan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Miri beberapa hari lalu,” katanya.

Pihaknya akan terus memantau harga air minuman ini serta melakukan pemeriksaa­n harian di semua premis perniagaan agar tiada pihak yang masih mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia