Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja kem balak dituduh bunuh lelaki warga emas

-

MIRI: Mahkamah Tinggi menetapkan 29 Julai depan untuk mendengar keputusan kes seorang pekerja kem pembalakan yang dituduh membunuh seorang lelaki warga emas.

Penetapan tarikh itu dibuat Hakim Datuk Duncan Sikodol setelah mendengar hujahan daripada keduadua pihak pendakwaan dan pembelaan di akhir kes pendakwaan.

Labang Empang, 42, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh melakukan pembunuhan hingga menyebabka­n kematian seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Om, 60.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7 malam, 16 September 2019 di Kem Stamping Patah Samling, Baram di Marudi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sofia S. Sawayan manakala tertuduh diwakili Ranbir Singh selaku peguam bela dilantik.

Mahkamah kemudian memerintah­kan tertuduh ditahan lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia