Utusan Borneo (Sarawak)

Wong lega menang dalam kes lawan MIA

-

SIBU: Akauntan Wong Ching Yong semalam melahirkan rasa gembira dan lega dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepadanya dalam kes beliau melawan Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Pada 21 Jun 2022, Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan bahawa Jawatankua­sa Tatatertib MIA telah melakukan kesilapan ketidakwaj­aran prosedur dalam kes membabitka­n Wong.

“Ini adalah keputusan penting untuk amalan perakaunan. Saya gembira dan lega dengan keputusan mahkamah rayuan.

“Sudah enam tahun sehingga mahkamah rayuan memberikan keputusan yang memihak kepada saya,” ujar Wong pada sidang media di sini, semalam.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa terdapat ketidakwaj­aran prosedur dalam perbicaraa­n tatatertib kerana Jawatankua­sa Tatatertib tidak memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan dan oleh itu peraturan keadilan semula jadi telah dilanggar.

“Dalam pendengara­n Perbicaraa­n Tatatertib yang diadakan pada September 2017, saya dengan tegasnya enggan mengakui pertuduhan yang dibuat oleh Jawatankua­sa Tatatertib bahawa ketidakpat­uhan piawaian pengaudita­n kertas kerja audit saya adalah satu kelakuan tidak profesiona­l yang akan mencemar nama baik profesion perakaunan.

“Oleh itu, saya meminta perbicaraa­n penuh dan Jawatankua­sa Tatatertib bersetuju.

“Setiausaha Jawatankua­sa Tatatertib memaklumka­n kepada saya bahawa Jawatankua­sa Penyiasata­n akan membawa saksi mereka dan dokumen berkaitan ke perbicaraa­n penuh.

“Saya dinasihati bahawa saya juga boleh ditemani oleh peguam saya sendiri dan mereka ialah Datuk Wong Rhen Yen dan Encik Victor Lau.

“Bagaimanap­un semasa perbicaraa­n penuh yang diadakan pada Mac 2018, Jawatankua­sa Tatatertib tidak mengemukak­an sebarang saksi.

“Selepas beberapa perdebatan undang-undang, pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib meminta keduadua pihak menyediaka­n hujahan.

“Selepas pertukaran hujahan, saya kemudianny­a didapati bersalah dan didenda RM3,000,” jelas Wong.

Menurut Wong, rayuan beliau kepada Lembaga Rayuan Tatatertib juga tidak berjaya dan selepas berbincang dengan peguam, beliau memutuskan untuk memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Sibu.

“Saya kalah di Mahkamah Tinggi dan selepas itu saya memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu.

Sepanjang pengetahua­n beliau, terdapat ramai amalan akauntan di Sarawak yang juga didapati bersalah kerana tidak mematuhi piawaian pengaudita­n dalam kertas kerja audit mereka.

“Mereka didenda dan hukuman mereka kemudianny­a disiarkan dalam media dan akhbar nasional.

“Ramai akauntan memberitah­u saya bahawa mereka amat malu dengan penyiaran hukuman mereka.

“Oleh itu, cadangan saya kepada akauntan yang menjalanka­n amalan sekiranya berlaku sebarang penyiasata­n oleh MIA, mereka harus mendapatka­n pandangan undang-undang jika berasa bahawa Jawatankua­sa Tatatertib tidak mematuhi peraturan dan peraturan undang-undang kecil tatatertib dan/atau tidak adil semasa dalam pendengara­n.

“Akauntan tidak sepatutnya mempunyai kekeliruan bahawa selepas membayar denda, isu sudah selesai.

“Ini adalah kerana penerbitan hukuman dalam warta atau akhbar adalah satu tanda hitam yang kekal dalam kerjaya profesiona­l seseorang,” tegas Wong.

Wong turut merakamkan penghargaa­n kepada penasihat serta barisan peguam bela beliau yang terdiri daripada Albert Tang, Datuk Wong Rhen Yen, Victor Lau, Gordon Tang, Wong Woan Yi, Dr Chew Peng Hui dan George Lim.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia