Utusan Borneo (Sarawak)

Agong zahir ucapan tahniah kepada kerajaan, MEASAT atas pelancaran Satelit MEASAT-3d

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah menzahirka­n ucapan setinggi tahniah dan penghargaa­n kepada kerajaan dan Measat Global Berhad (MEASAT) atas kejayaan pelancaran Satelit MEASAT-3d awal pagi semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka turut menzahirka­n rasa sukacita dengan kejayaan ini kerana ia amat bermakna khususnya untuk rakyat.

Titah Al-Sultan Abdullah, rakyat akan menikmati Internet berkelajua­n tinggi tidak kira di kawasan bandar, pinggir bandar atau pedalaman di seluruh Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak menerusi perkhidmat­an jalur lebar satelit.

“Seri Paduka Baginda bertitah ia juga selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam usaha merapatkan jurang ketersambu­ngan digital dan mewujudkan masyarakat inklusif digital tanpa meminggirk­an mana-mana kelompok rakyat di negara ini.

“Seri Paduka Baginda menzahirka­n harapan agar dengan akses Internet yang stabil dan pantas, rakyat Malaysia akan memperoleh pelbagai manfaat sosioekono­mi seperti penyertaan dalam aktiviti e-Dagang dan pembelajar­an digital,” menurut Ahmad Fadil dalam kenyataan.

Satelit kelapan negara yang dianggar melibatkan kos RM1.2 bilion itu dilancar di Pusat Angkasa Lepas Eropah Kourou, French Guiana, Amerika Selatan pada 5.50 pagi waktu Malaysia (6.50 petang waktu tempatan 22 Jun).

Satelit dengan jangka hayat 18 tahun itu adalah jenis Geostation­ary Equatorial Orbit atau GEO mempunyai tapak liputan yang luas dan berkemampu­an untuk menyediaka­n perkhidmat­an jalur lebar pantas dan menyokong aliran tinggi data dikenali sebagai High Throughput Satellite (HTS).

HTS adalah antara perkhidmat­an penting dalam penyediaan perkhidmat­an jalur lebar tinggi terutama di kawasan pedalaman.

Penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi lain juga boleh menggunaka­n satelit berkenaan untuk menawarkan perkhidmat­an data, suara dan video kepada tiga hingga lima peratus populasi yang belum lagi diliputi oleh sambungan fiber atau jalur lebar tanpa wayar seperti ditawarkan MEASAT melalui perkhidmat­an jalur lebar satelit CONNECTme NOW. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia