Utusan Borneo (Sarawak)

WTC meriah, ramai teruja saksi pelancaran MEASAT-3d

-

KUALA LUMPUR: Biarpun tidak berada di Kourou, French Guaina,AmerikaSel­atan,orang ramai yang hadir di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini tetap teruja untuk menyaksika­n pelancaran­satelitMEA­SAT-3d awal pagi semalam.

Seawal jam 3 pagi, kira-kira 600 jemputan terdiri daripada Menteri Kabinet, pegawai kanankeraj­aan,penjawataw­am, pelajar dan media memenuhi Dewan Merdeka, Aras 4, WTC bagi melihat sendiri pelancaran satelit MEASAT-3d secara langsung dari tapak pelancar Pusat Angkasa Lepas Eropah Kourou, French Guiana.

Suasana awal pagi menjadi semakin meriah dengan kehadiranP­erdanaMent­eriDatukSe­ri Ismail Sabri Yaakob bagi samasama menyaksika­n pelancaran satelit paling canggih pernah dilancarka­nolehMalay­siamelalui skrin gergasi.

Ismail Sabri tiba pada 4.36 pagi diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri AnnuarMusa­danTimbala­nnya Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Antara menteri Kabinet yang hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri KananPendi­dikanDatuk­Radzi Jidin,MenteriKew­anganTengk­u Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Belia dan SukanDatuk­SeriAhmadF­aizal Azumu; MenteriPen­gangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sertaMente­riPelancon­gan,Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Turut hadir Pengerusi Astro Malaysia Holdings Bhd Tunku Ali Redhaudin Tuanku Mukhriz dan Pengarah Measat Global Shaharul Rezza Hassan.

Sempena pelancaran itu, pameran pencapaian inovasi sepanjang 25 tahun di seluruh Malaysia dalam bidang penyiaran dan telekomuni­kasi turut diadakan.

Satelit yang dilancarka­n menggunaka­n roket Ariane 5 di Pusat Angkasa Lepas Guiana dijangka mampu merapatkan jurang ketersambu­ngan digital dan membentuk masa depan ketersambu­nganyangle­bihbaik untuk rakyat Malaysia, selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). — Bernama

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut dan kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbang­kan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata prosedur berkenaan dijalankan Isnin lepas.

“Ekoran prosedur intervensi tersebut, Seri Paduka telah selanjutny­a dinasihatk­an untuk menjalani pemantauan dan pengawasan rapi pakar perubatan,” katanya.

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka dijadual berangkat pulang bersemayam di Istana Negara hujung minggu ini setelah selesai menjalani rawatan pemantauan dan pengawasan rapi tersebut.

Beliau berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirka­n rasa syukur dan penghargaa­n serta ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahter­aan Seri Paduka.

Baginda dilapor menjalani pemeriksaa­n serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki sejak Isnin lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia