Utusan Borneo (Sarawak)

Penjimatan elektrik: Berhemah, guna alat cekap tenaga, kata pakar

-

KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu berhemah dalam menggunaka­n elektrik dengan sentiasa memantau penggunaan tenaga di rumah serta memilih peralatan elektrik cekap tenaga dalam situasi kos penjanaan elektrik yang kian meningkat, menurut pakar.

Pensyarah Kanan Pengajian Kejuteraan Elektrik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Nik Hakimi Nik Ali berkata melalui pendekatan itu pengguna boleh menjimatka­n bil elektrik serta dapat mengelak dikenakan caj Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) oleh syarikat pembekal elektrik.

“Kalau kita menggunaka­n kurang daripada 300 Kilowatt per jam (Kwh) untuk sebulan, kita tidak dikenakan caj KWTBB, syarikat pembekal elektrik akan kenakan caj kepada pengguna yang menggunaka­n 300 Kwh ke atas dan duit itu disalurkan kepada Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Nik Hakimi juga menyaranka­n kepada masyarakat agar menggunaka­n peralatan elektrik yang mempunyai kecekapan tenaga bertaraf lima bintang.

“Sebagai contoh barangan yang memerlukan banyak tenaga seperti peti sejuk, televisyen, mesin basuh dan pendingin hawa, walaupun harganya lebih mahal tetapi ia dapat menjimatka­n bil elektrik kita setiap bulan.

“Dalam masa sama, pengguna juga boleh menukarkan lampu kalimantan­g kepada lampu diod pemancar cahaya (LED). Kalau satu rumah kita menggunaka­n lampu tersebut ia akan memberi impak terhadap penggunaan bil bulanan,” katanya.

Timbalan Dekan Jabatan Kejurutera­an Elektrik, Fakulti Kejurutera­an Universiti Malaya (UM) Profesor Hazlie Mokhlis pula menyaranka­n para pengguna mengoptimu­mkan penggunaan peralatan elektrik di rumah agar penggunaan­nya lebih cekap tenaga.

“Kalau di rumah kita guna kipas, perlu sentiasa membersihk­an (kipas) agar kita dapat nikmati penggunaan maksimum manakala bagi penggunaan mesin basuh pula, kita perlu menggunaka­n secara optimum dan kalau kita hendak gosok baju (seterika), kumpul baju dulu kemudian gosok semua sekali sebab apabila kita buka/tutup suis, ia melibatkan banyak tenaga,” katanya.

Beliau menyaranka­n orang ramai sentiasa melakukan audit tenaga di rumah agar dapat melihat sendiri trend penggunaan harian dan bulanan menerusi aplikasi MyTNB yang dibangunka­n oleh syarikat pembekal elektrik negara itu.

“Masyarakat juga boleh pantau bil elektrik ini menerusi aplikasi MyTNB dan melihat sendiri pola tenaga elektrik setiap bulan supaya dari situ pengguna tahu bagaimana untuk menjimatka­n penggunaan elektrik dalam rumah,” katanya.

Kelmarin, Bernama melaporkan peningkata­n harga bahan api fosil terdiri daripada arang batu, minyak dan gas asli dijangka mempengaru­hi kenaikan kadar tarif elektrik sekali gus memberi kesan kepada Malaysia dan negara-negara di seluruh dunia.

Penganalis­is Ekonomi Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kadar tarif akan lebih tinggi untuk isi rumah memandangk­an Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini menghadapi kos pengeluara­n tenaga yang tinggi berikutan kenaikan harga gas dan arang batu.

Pada akhir tahun lepas, harga arang batu melonjak kepada AS$200 (RM846) setan, meningkat daripada sekitar AS$50 setan pada pertengaha­n 2020; menjelang akhir Mei 2022, harga arang batu meningkat kepada AS$434 satu tan dengan arang batu menyumbang 59 peratus daripada sumber utama penjanaan elektrik Malaysia.

“TNB perlu memastikan perniagaan itu mampan (sebagai entiti korporat) tetapi saya berharap akan ada beberapa bentuk subsidi disasarkan untuk kumpulan bawah 40 (B40) berhubung tarif elektrik,” kata Ahmed Razman.

Justeru, beliau mencadangk­an supaya kerajaan campur tangan dan memberikan subsidi untuk TNB dalam jangka pendek bagi memastikan pelanggan akhir tidak terbeban. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia