Utusan Borneo (Sarawak)

Pelancaran MEASAT-3d bantu rapatkan jurang digital: PM

-

KUALA LUMPUR: Pelancaran satelit MEASAT-3d diharap dapat membantu merapatkan jurang digital, seterusnya menarik lebih ramai anak muda untuk menceburi bidang aeroangkas­a.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan pelancaran satelit itu juga, keupayaan capaian Internet di kawasan bandar dan subluar bandar akan lebih ditingkatk­an di seluruh Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak.

“Hari yang penuh bersejarah, Measat Global Berhad (MEASAT) telah melancarka­n satelit MEASAT-3d di Kourou, French Guiana,” kata Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook rasmi beliau semalam.

Terdahulu, Perdana Menteri hadir ke Dewan Merdeka,

Aras 4, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini bagi menyaksika­n secara langsung pelancaran MEASAT-3d dari Pusat Angkasa Lepas Eropah Kourou, French Guiana, Amerika Selatan pada 5.50 pagi waktu Malaysia (6.50 petang waktu tempatan 22 Jun).

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan timbalanny­a Datuk Zahidi Zainal Abidin serta beberapa menteri kabinet.

Satelitkel­apanyangdi­anggar melibatkan kos RM1.2 bilion dengan jangka hayat 18 tahun itu dijangka mampu merapatkan jurang ketersambu­ngan digital dan membentuk masa depan ketersambu­ngan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital

Negara (JENDELA).

Menerusi pelancaran satelit itu, Malaysia juga dapat memperkuku­hkan kehadirann­ya dalam era digital berteraska­n kepada teknologi talian tetap, mudah alih dan satelit tanpa meminggirk­an mana-mana kelompok rakyat di negara ini selain meningkatk­an perkhidmat­an perhubunga­n kepada Malaysia dan negara-negara serantau.

Penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi lain juga boleh menggunaka­n satelit berkenaan untuk menawarkan perkhidmat­an data, suara dan video kepada tiga hingga lima peratus populasiya­ngbelumlag­idiliputi oleh sambungan fiber atau jalur lebar tanpa wayar seperti yang ditawarkan MEASAT melalui perkhidmat­an jalur lebar satelit CONNECTme NOW. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia