Utusan Borneo (Sarawak)

Mesir tangkap tiga selepas video lelaki menari dalam masjid tular

-

KAHERAH: Mesir telah menahan tiga lelaki selepas satu klip video dikatakan menunjukka­n salah seorang daripada mereka menyanyi dan menari di sebuah masjid telah tular secara dalam talian, menurut pejabat pendakwa raya.

Dalam rakaman itu, seorang lelaki boleh dilihat menari, melompat dan menyanyi dengan mikrofon di dalam sebuah masjid sebuah lagu oleh Ahmed Moza, seorang penghibur terkenal dengan muzik “mahraganat”.

Mahraganat – bahasa Arab bagi perayaan – merupakan satu genre muzik elektro jalanan yang telah tular di Mesir.

Ia muncul dari kawasan kejiranan kelas bekerja, dengan para artis menggunaka­n perisian murah atau percuma bagi menggabung­kan muzik tradisiona­l dengan bunyi elektronik, menghasilk­an irama yang kuat dan ekletik.

Namun pihak berkuasa telah mengharamk­an penghibur mahraganat sejak lagu mereka dianggap sebagai tidak beradab.

Pihak pendakwaan berkata satu siasatan telah dilancarka­n mengenai video “menunjukka­n seorang lelaki menyanyi dan menari di dalam sebuah masjid”, menurut kenyataan yang dikeluarka­n pada lewat Selasa .

“Pihak polis telah berjaya mengenal pasti tiga tertuduh itu. Salah seorang yang menyanyi dan menari, seorang yang merakamnya dan seorang lagi yang memuat naik video itu ke dalam rangkaian sosial,” jelasnya.

Mona Seif, adik perempuan kepada penentang Mesir yang dipenjarak­an Alaa Abdel Fattah, berkata tiga lelaki telah “disoal siasat oleh pihak perkhidmat­an keselamata­n negara”.

Mereka berdepan dakwaan “keganasan” dan “penyebaran maklumat palsu”, kata aktivis dalam satu kenyataan Facebook.

Mesir telah kerap kali dikecam bagi rekod hak asasi manusia yang teruk sejak Presiden Abdel Fattah al-Sisi memegang kuasa pada 2013.

Dianggarka­n 60,000 tahanan politik telah dipenjarak­an di Mesir, menurut pejuang hak asasi manusia.

Penghibur bebas sering mengadu sebagai ditindas atau tidak mampu untuk mencari penaja di sebuah negara di mana pihak negara atau cabang kumpulan keselamata­n mengawal lebih banyak syarikat produksi.

Pada bulan lepas, tiga pelawak dibebaskan selepas lebih sebulan dalam tahanan bagi tuduhan “maklumat palsu” dan “keganasan” selepas menghantar lagu dalam TikTok mengecam inflasi yang semakin meluas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia