Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan kakitangan perubatan Argentina akan dibicara bagi kematian Maradona

18 polis Ecuador ‘hilang’ selepas balai diserang

-

BUENOS AIRES: Lapan kakitangan perubatan akan dihadapkan dalam perbicaraa­n bagi kecuaian jenayah sehingga menyebabka­n legenda bola sepak Argentina Diego Maradona meninggal dunia di atas katil ketika menerima rawatan selepas pembedahan.

Seorang hakim kelmarin mengarahka­n perbicaraa­n pembunuhan bersalah bagi lapan orang, yang termasuk doktor keluarga Maradona dan jururawat, berdasarka­n bukti bahawa mereka telah gagal untuk “mengambil tindakan yang boleh menghalang kematian” pada November 2020.

Tiada tarikh perbicaraa­n telah ditetapkan.

Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun ketika sedang beransur pulih daripada pembedahan otak akibat darah beku, dan selepas perjuangan selama beberapa dekad berdepan dengan ketagihan kokain dan alkohol.

Beliau telah ditemui meninggal dunia di atas katilnya dua minggu selepas menjalani pembedahan, di sebuah rumah sewa di kawasan kejiranan eksklusif di Buenos Aires di mana beliau telah dibawa selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Beliau telah didapati meninggal dunia akibat serangan jantung.

Satu panel seramai 20 pakar perubatan dikumpulka­n oleh pendakwa raya umum Argentina memutuskan pada tahun lepas bahawa rawatan Maradona adalah penuh dengan “kekurangan dan penyelewen­gan”.

Ia menyatakan pemain bola sepak itu “mungkin mempunyai peluang untuk meneruskan hidup yang lebih baik” dengan rawatan yang sepatutnya di sebuah fasiliti peubatan yang bersesuaia­n.

Pakar mendapati penjaganya telah membiarkan pemain yang disegani itu berdepan dengan nasibnya bagi “satu tempoh masa yang sangat panjang dan menyakitka­n” membawa kepada kematianny­a.

Pendakwa raya telah meminta agar penjaganya dihadapkan dalam perbicaraa­n bagi homisid kecuaian, mendakwa bahawa mereka telah mengabaika­nnya “sehingga kematianny­a”.

Lapan orang akan dihadapkan dalam perbicaraa­n bagi satu definisi perundanga­n untuk homisid dinyatakan sebagai kecuaian yang dilakukan dalam pengetahua­n bahawa ia mungkin membawa kepada kematian seseorang.

Turut didakwa dalam kes itu adalah pakar bedah neurologi dan doktor keluarga Leopoldo Luque, pakar psikiatris Agustina Cosachov, pakar psikologi Carlos Diaz, penyelaras perubatan Nancy Forlini, penyelaras kejururawa­tan Mariano Perroni, jururawat Ricardo Almiron dan Dahiana Madrid, serta doktor klinik Pedro Paglo Di Spagna.

Pendakwa raya mendakwa defendan telah bersikap “protagonis untuk satu kemasukan ke hospital yang tidak dijangkaka­n, kekurangan sepenuhnya dan kecuaian di rumah”.

Mereka berdepan risiko bagi hukuman merangkumi penjara selama lapan hingga 25 tahun.

Kesemua mereka telah menafikan bertanggun­gjawab dan tiada seorangpun dalam tahanan praperbica­raan.

Siasatan telah dibuka berikutan aduan yang difailkan oleh dua daripada lima anak Maradona terhadap Luque, yang mereka persalahka­n bagi keadaan bapa mereka yang bertambah teruk selepas pembedahan.

Maradona telah dikenali secara meluas sebagai pemain bola sepak yang hebat dalam sejarah.

Bekas bintang Boca Juniors, Barcelona dan Napoli itu menderitai masalah hati, buah pinggang dan kardiovask­ular ketika beliau meninggal dunia.

Beliau menjadi idola kepada berjuta-jura rakyat Argentina selepas memberikan inspirasi kepada negara Amerika Selatan itu bagi kejayaan kedua dalam Piala Dunia pada 1986.

Keputusan mahkamah muncul ketika Argentina menyambut ‘Day of the Footballer’ bagi memperinga­ti prestasi Maradona dalam suku akhir 1986 menentang England – ketika beliau menjaringk­an gol yang dikenali sebagai “hand of God” dan kemudian “Goal of the Century” yang diundi dalam satu tinjauan pendapat FIFA.

Kematian beliau telah mengejutka­n peminat di seluruh dunia, dan berpuluh ribu orang berbaris untuk memberikan penghormat­an kepada kerandanya, ditutupi dengan bendera Argentina, di istana presiden di Buenos Aires dalam perkabunga­n negara selama tiga hari. — AFP

PARIS: Polis Perancis telah menangkap dua lelaki disyaki mengambil bahagian dalam rompakan waktu siang di butik barangan kemas Bulgari di Paris pada tahun lepas, ketika perompak melarikan diri bersama kira-kira 10 juta euro hasil rompakan, menurut sumber perundanga­n kelmarin.

Dua lelaki itu, berusia 26 dan 37 tahun, adalah dari subbandar berpasir SeineSaint-Denis di utara ibu negeri dan telah disoal siasat oleh penyiasat jenayah terancang, kata sumber itu.

Perompak tersebut telah memasuki kedai Bulgari di Place Vendome di tengah Paris pada waktu tengah hari pada 7 September tahun lepas, dan melarikan diri sejurus selepas pihak polis datang.

QUITO: Seramai 18 anggota polis “hilang” selepas serangan oleh penunjuk perasaan peribumi di sebuah balai polis di wilayah Amazon di timur Ecuador, menurut kementeria­n dalam negeri kelmarin.

Seramai enam pegawai lagi “mengalami kecederaan serius” dan tiga orang ditahan oleh penunjuk perasaan, kata Menteri Dalam Negeri Patricio Carrillo.

Seorang penunjuk perasaan turut terbunuh dalam serangan di bandar Puvo di Amazon, jarak pemanduan selama lima jam di selatan Quito, menurut pihak kerajaan pada malam Selasa, membawa angka kematian dalam masa 10 hari bantahan antikeraja­an yang diketuai oleh peribumi kepada dua orang.

“Perusuh mula melakukan kebakaran dengan polis yang

Menurut akhbar Parisien, kumpulan itu memiliki sekurang-kurangnya sepucuk pistol dan selaras senapang patah, walaupun tiada sesiapa yang tercedera ketika rompakan yang berlangsun­g hanya selama beberapa minit sahaja.

Empat suspek melarikan diri dengan menaiki skuter sementara tiga lagi cuba untuk melarikan diri dengan sebuah kereta BMW yang kemudian tersekat dalam kesesakan jalan raya teruk.

Ketika mereka cuba melarikan diri dengan berjalan kaki, salah seorang suspek berpaling dan mengacukan senjatanya kepada polis yang telah menembak sebagai respons, mencederak­annya di bahagian kaki, sementara dua orang lagi hilang di jalan raya yang tengah sibuk. — AFP masih berada di dalam kereta peronda, mula menjarah, membakar fasiliti awamswasta seperti Bank Guayaquil, Palang Merah, sehingga mereka akhirnya membakar balai polis di tengah bandar,” kata Carrillo.

Kerajaan kelmarin menolak permintaan utama oleh penunjuk perasaan peribumi untuk menarik balik perintah darurat di enam daripada 24 wilayah di Ecuador.

Kira-kira 10,000 penduduk peribumi telah berarak di ibu negara sepanjang 10 hari lepas bagi menuntut penguranga­n harga minyak.

Namun terdapat pertempura­n ganas antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamata­n, mengakibat­kan 90 warga awam dan 100 anggota polis tercedera, dengan pihak berkuasa menahan lebih 80 orang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia