Utusan Borneo (Sarawak)

Kartel ayam: Pasukan khas MyCC bentang hasil siasatan pada Isnin

Pasukan khas berkenaan akan kemukakan dapatan mereka kepada anggota suruhanjay­a

-

KUALA LUMPUR: Pasukan khas yang ditubuhkan Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menyiasat dakwaan perlakuan antipersai­ngan dalam industri ayam negara akan membentang­kan hasil siasatan mereka pada Isnin ini.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, pasukan khas berkenaan akan mengemukak­an dapatan mereka kepada anggota-anggota suruhanjay­a itu yang bertindak sebagai sebuah badan separa kehakiman yang mempunyai kuasa memutuskan sama ada terdapat pelanggara­n terhadap Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.

“Pagi tadi (semalam) saya difahamkan oleh pihak MyCC (yang) mereka telah selesai (menyiasat) dan akan kemukakan hasil siasatan,” katanya selepas menyertai Ops Anti-Sorok bersama pasukan penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sebuah pasar raya di sini semalam.

MyCC telah menubuhkan pasukan khas pada awal Februari lepas untuk menyiasat dakwaan terdapatny­a

Pagi tadi (semalam) saya difahamkan oleh pihak MyCC (yang) mereka telah selesai (menyiasat) dan akan kemukakan hasil siasatan.

Dato Sri Alexander Nanta Linggi Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

perlakuan antipersai­ngan merangkumi perjanjian antipersai­ngan dan penyalahgu­naan kedudukan dominan dalam pasaran yang boleh meningkatk­an harga-harga barangan dalam pasaran industri ayam.

Pasukan khas MyCC telah memulakan penyiasata­n terhadap kesemua pemain industri ayam di seluruh Malaysia daripada peringkat huluan hingga hiliran.

Berhubung Ops Anti-Sorok, Nanta berkata ia dilaksanak­an untuk membantera­s aktiviti menyorok barang kawalan susulan pengumuman kerajaan untuk mengapungk­an harga barang seperti ayam, telur ayam dan minyak masak berbotol berkuat kuasa 1 Julai ini.

Katanya, operasi itu juga adalah langkah memastikan pemain industri dan peniaga barangan kawalan sentiasa cakna akan tanggungja­wab mereka dalam menjamin bekalan mencukupi di pasaran dan tidak melakukan penyelewen­gan.

“Sejak Januari hingga 22 Jun tahun ini, sebanyak 158,064 pemeriksaa­n telah dijalankan merangkumi peruncit terpilih, pemborong terpilih dan pengilang terpilih mendapati bekalan barang kawalan mencukupi untuk keperluan pengguna,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam memaklumka­n terdapat 13 aduan sorok barang kawalan diterima kementeria­n itu sejak awal tahun ini, namun selepas siasatan dijalankan, tiada bukti kesalahan ditemui. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia