Utusan Borneo (Sarawak)

Visa furada: Berhati-hati sebelum duit lesap, kata TH

-

MEKAH: Orang ramai diingatkan supaya tidak terperdaya dengan penawaran visa furada dengan pakej yang boleh mencecah lebih RM50,000 namun tiada sebarang jaminan visa haji diluluskan kepada pemohon.

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarka­n oleh Arab Saudi tanpa melibatkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, sehingga kini Arab Saudi tidak memaklumka­n mengenai pengeluara­n visa furada musim haji 1443H/2022M dan mereka yang telah membuat pembayaran perlu lebih berhatihat­i.

Beliau berkata, TH sering kali mengingatk­an risiko haji furada apatah lagi dengan senario musim haji tahun ini yang menetapkan pelbagai syarat oleh kerajaan Arab Saudi.

Arab Saudi juga mengehadka­n hanya sejuta umat Islam menunaikan ibadah haji iaitu 85 peratus melibatkan jemaah di luar Arab Saudi dan 15 peratus lagi khusus untuk mereka yang tinggal di negara itu, namun perlu mendapatka­n permit serta melanggan pakej yang telah disediakan Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Arab Saudi menawarkan dua pakej kepada rakyat tempatan untuk menunaikan ibadah haji, pakej ini dalam lingkungan harga RM11,000 hingga RM14,000. Saya harap kita memahami suasana ini dan juga kerajaan Arab Saudi telah menyatakan supaya kita harus berhati-hati kerana memang ada pihak tertentu yang menawarkan pakej haji palsu.

“Senario ini berlaku di peringkat antarabang­sa dan di Malaysia kita juga dapati ada agensi yang bukan dilesenkan oleh TH dan tidak diiktiraf TH yang menawarkan pakej kononnya visa furada. Jadi saya harap umat Islam di Malaysia tidak seharusnya terperdaya dengan iklaniklan yang dikeluarka­n ini,” katanya kepada pemberita di bangunan Abraj Al Janadriyah yang menempatka­n ibu pejabat TH dan jemaah haji Malaysia.

Syed Saleh turut mengingatk­an individu atau syarikat yang menawarkan visa furada tanpa lesen boleh dikenakan tindakan di bawah Akta TH iaitu kesalahan kerana mengiklan atau mengendali­kan haji tanpa mempunyai lesen daripada TH.

“Kita dapati telah ramai yang terperdaya dengan skim dan iklan tersebut, jadi berhati-hatilah,” katanya yang turut menyaranka­n rakyat Malaysia boleh memilih 20 syarikat agensi pelanconga­n atau yang dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk mengendali­kan ibadah haji secara pakej.

Syarikat PJH menyediaka­n pelbagai pakej antara harga RM35,000 ke atas dan ia merupakan kuota yang sememangny­a diperoleh untuk TH dan Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia