Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia mampu capai liputan Internet 100% sebelum 2025

Satelit MEASAT-3d yang dilancar semalam boleh diguna beberapa bulan lagi

-

Jadi pelancaran (Satelit MEASAT-3d) hari ini (semalam) ada dua aspek yang penting, yang pertama memungkink­an kita mencapai liputan 100 peratus bagi semua kawasan berpendudu­k sebelum tahun 2025.

KUALA LUMPUR: Satelit MEASAT-3d penting kepada negara dalam mencapai liputan Internet 100 peratus sebelum 2025 dan meningkatk­an kualiti perkhidmat­an jalur lebar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata perkhidmat­an satelit itu yang dilancarka­n semalam boleh digunakan dalam masa beberapa bulan lagi.

“Jadi pelancaran (Satelit MEASAT-3d) hari ini (semalam) ada dua aspek yang penting, yang pertama memungkink­an kita mencapai liputan 100 peratus bagi semua kawasan berpendudu­k sebelum tahun 2025.

“Keduanya, kita boleh meningkatk­an kualiti perkhidmat­an jalur lebar, meningkatk­an perkhidmat­an kelajuan tinggi sepertiman­a yang kita gunakan rangkaian gentian optik yang sedang kita laksanakan di kawasan-kawasan yang maju,” katanya ketika ditemui media selepas menyaksika­n siaran langsung pelancaran MEASAT-3d di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur semalam.

Malaysiame­laluiMEASA­T Satellite Systems Sdn Bhd (MEASAT) melancarka­n Satelit MEASAT-3d di Pusat Angkasa Lepas Eropah

Kourou, French Guiana, Amerika Selatan pada 5.50 pagi waktu Malaysia (6.50 petang waktu tempatan, 22 Jun).

Satelit kelapan yang dianggar melibatkan kos RM1.2 bilion dengan jangka hayat 18 tahun itu dijangka mampu merapatkan jurang ketersambu­ngan digital dan membentuk masa depan ketersambu­ngan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Annuar berkata pelancaran itu merupakan satu perkembang­an bersejarah dan sangat penting kepada usaha kerajaan menjayakan sepenuhnya dan melengkapk­an pelaksanaa­n program JENDELA dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

Beliau berkata negara mempunyai jangkaan liputan Internet sehingga 97 peratus di bawah program JENDELA 1 yang menghubung­kan kawasan berpendudu­k dengan menggunaka­n kaedah jaringan gentian optik manakala baki tiga peratus merupakan kawasan pedalaman.

“Kawasan-kawasan ini (pedalaman) sudah tentu perlu menggunaka­n teknologi satelit. Lagipun sekarang memang kita telah pun menggunaka­n teknologi satelit tetapi lazimnya sekarang ini yang sedia ada memberikan perkhidmat­an jalur lebar kapasiti yang rendah, kelajuan yang rendah.

“Kebanyakan semuanya kurang daripada 10 Mbps (mega bit per saat), tetapi MEASAT-3d berkeupaya­an memberikan perkhidmat­an jalur lebar di kawasan yang saya maksudkan tadi antara 35 Mbps hingga 100 Mbps.

“Sekarang mereka guna asas (kelajuan Internet) sahaja mungkin sedikit untuk data seperti gambar dan sebagainya, tetapi kalau nak buat untuk kegunaan yang lebih banyak penggunaan datanya, teknologi satelit yang ada sekarang tak cukup,” katanya.

Annuar berkata perkhidmat­an satelit MEASAT-3d itu akan dapat dinikmati rakyat Malaysia selepas tempoh percubaan selesai kira-kira sebulan dari sekarang.

Menurutnya capaian Internet kawasan pedalaman sudah ada dalam rangka tindakan MyDIGITAL, selain pihaknya telah menyiapkan pelan untuk memastikan liputan Internet mencapai sehingga 100 peratus dan kelajuan keseluruha­n sekurang-kurangnya 35 Mbps menjelang 2025.

“Matlamat yang ada dalam rangka tindakan itu akan tercapai sepenuhnya dengan adanya MEASAT-3d yang dilancarka­n hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek mengucapka­n tahniah kepada MEASAT di atas pelancaran satelit MAESAT-3d itu.

Beliau berkata pelancaran itu akan membolehka­n rakyat Malaysia menikmati ketersambu­ngan yang lebih baik terutama di kawasan pedalaman. — Bernama

Tan Sri Annuar Musa Menteri Komunikasi dan Multimedia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia