Utusan Borneo (Sarawak)

AGC fail rayuan keputusan kes bunuh Ceo Cradle Fund

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan untuk membatalka­n keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaska­n Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan.

Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun ketika dihubungi mengesahka­n perkara berkenaan.

“Kami sedang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.

Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail ketika ditanya berkata notis rayuan telah difailkan melalui efiling kelmarin.

Pihak pendakwaan mempunyai 14 hari untuk memfailkan notis rayuan agar Mahkamah Rayuan membatalka­n keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 21 Jun, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Ab Karim Ab Rahman melepas dan membebaska­n Samirah, 47, dan dua remaja yang kini berusia 19 dan 16 tahun, atas pertuduhan membunuh Nazrin, 45, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulka­n kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Dalam penghakima­nnya, Ab Karim memutuskan keterangan yang menunjukka­n bahawa Samirah dan dua remaja adalah orang terakhir bersama si mati, tidak boleh dikatakan menjurus kepada kesalahan membunuh Nazrin.

Hakim juga memutuskan tiada bukti langsung yang menunjukka­n bahawa mereka bertiga melakukan kesalahan (pembunuhan).

Samirah, serta dua remaja dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia