Utusan Borneo (Sarawak)

Kabinet Menteri bersetuju dengan pemberian dana RM800j biaya program agromakana­n

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet bersetuju dengan pelaksanaa­n Dana Pembiayaan Agromakana­n Keluarga Malaysia (DPAKM) di bawah Agrobank yang melibatkan peruntukan sebanyak RM800 juta.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Kiandee, berkata pelaksanaa­n dana ini adalah bagi menjamin kesinambun­gan aktiviti pengeluara­n makanan.

“Program DPAKM ini akan menawarkan kemudahan pembiayaan yang khusus mengikut agihan pembiayaan sebagaiman­a berikut RM300 juta bagi ternakan ayam; RM200 juta bagi ternakan ruminan (lembu dan kambing); RM100 juta bagi tanaman sayur-sayuran; RM100 juta bagi usahawan mikro; RM50 juta bagi usahawan mikro baharu; dan RM50 juta bagi usahawan muda.”

“Had maksimum pembiayaan bagi ternakan ayam, ternakan ruminan dan tanaman sayur-sayuran ditetapkan sehingga RM5 juta.”

“Manakala, had maksimum pembiayaan bagi usahawan mikro, usahawan mikro baharu dan usahawan muda adalah sehingga RM500 000.”

“Tempoh pembiayaan untuk DPAKM ini adalah sehingga 8.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium yang akan ditawarkan kepada semua golongan sasar,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Ronald lagi, MAFI juga giat dalam mempermuda­h pembayaran tuntutan subsidi ayam kepada penternak sebanyak RM729.43 juta sejak 5 Februari lalu.

“Sehingga 21 Jun 2022, sebanyak 4,041 permohonan tuntutan subsidi dengan nilai RM262 juta telah diluluskan oleh MAFI.”

“Jawatankua­sa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara akan terus memantau status bekalan makanan negara dan pelaksanaa­n tindakan-tindakan susulan intervensi yang dirangka bagi menangani isu bekalan makanan selain memperinci­kan inisiatif jangka masa pendek, sederhana dan panjang merentasi semua subsektor agromakana­n.”

Kerajaan akan meneruskan usaha untuk memperkuku­h sekuriti makanan negara dalam memastikan kelangsung­an bekalan dan ketersedia­an makanan di pasaran kekal terjamin dengan harga yang berpatutan bagi memastikan kesejahter­aan Keluarga Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia