Utusan Borneo (Sarawak)

Veteran ATM diseru sertai ekonomi GIG tingkatkan pendapatan

-

KUALA LUMPUR: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digalak melibatkan diri dalam ekonomi gig untuk menjana pendapatan sampingan bagi meningkatk­an sosioekono­mi keluarga.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata, peluang menjana pendapatan melalui ekonomi gig perlu dimanfaatk­an oleh golongan veteran kerana ia mampu menjana pendapatan sampingan yang agak lumayan.

“Oleh sebab itu Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dalam Simposium Kerjaya dan Aspirasi Veteran ATM telah mengadakan kerjasama dengan dua syarikat sebagai rakan strategik, Carpedia dan

Code 7 Tech Sdn Bhd sebagai platform untuk lebih ramai veteran menceburi bidang ekonomi gig ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan simposium itu di sini semalam.

Program sehari itu disertai 60 syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan selain peluang dan ilmu keusahawan­an dan motivasi kepada veteran ATM.

Mohd Reza turut menyeru syarikat-syarikat korporat dan badan bukan kerajaan untuk bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pertahanan dan JHEV untuk membantu meningkatk­an sosioekono­mi veteran ATM yang banyak berkorban untuk menjaga keselamata­n negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia