Utusan Borneo (Sarawak)

JAS tahan operasi tiga gudang proses sisa elektrik, elektronik

-

SHAH ALAM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menahan serta-merta operasi tiga gudang pemprosesa­n sisa elektrik dan elektronik (e-buangan) di sekitar Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selasa lepas kerana beroperasi tanpa mendapat kelulusan jabatan itu.

Pengarahny­a Nor Aziah Jaafar berkata ketika serbuan, terdapat beberapa pekerja asing sedang meleraikan komponen sisa elektrik dan elektronik yang disyaki diperoleh dari luar negara secara tidak sah.

“Operasi serentak oleh pegawai penguat kuasa JAS itu dilakukan selepas mendapat aduan daripada badan bukan kerajaan alam sekitar kawasan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 34A, 34B, 18 dan 19 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Nor Aziah berkata siasatan awal mendapati gudang berkenaan beroperasi sejak beberapa bulan lepas selain premis itu disewakan kepada warganegar­a asing untuk menjalanka­n operasi peleraian komponen e-buangan.

Beliau berkata JAS Selangor sedang menyiasat pemilik dan penyewa premis untuk tindakan lanjut. — Bernama

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia