Utusan Borneo (Sarawak)

Tengku Puteri Iman ketuai delegasi Malaysia ke Kongres Kesihatan Mental di London

-

KUALA LUMPUR: Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, puteri sulung Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Kongres Persekutua­n Kesihatan Mental Dunia ke-23 di Westminste­r, London pada 27 Jun hingga 1 Julai depan.

Selaku Penaung Kongres Dunia ke-23, Tengku Puteri Iman Afzan yang juga Pengasas dan Presiden Green Ribbon Group (GRG) akan diiringi oleh ahlinyasel­ainPreside­nPersatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj dan Pengarah Eksekutif Sue Jen Cheong.

GRG dalam kenyataan semalam berkata acara akan bermula pada 27 Jun dengan lawatan ke badan amal kesihatan mental tempatan Mind, iaitu perkhidmat­an sokongan kepada pesakit kes bunuh diri dan kesihatan mental para ibu - topik yang jarang dibincangk­an, namun Tengku Puteri Iman Afzan terus komited menyuaraka­n isu berkaitan kesihatan mental.

Ia kemudian akan diikuti dengan sesi meja bulat di Suruhanjay­a

Tinggi Malaysia di Belgrave Square, yang akan dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjay­a Tinggi Zahid Rastam dan wakil Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Education Malaysia, United Kingdom dan Eire Council for Malaysian Students (UKEC) dan Mercy Malaysia UK.

Menurut GRG, Tengku Puteri Iman Afzan dijadualka­n merasmikan Kongres Dunia ke-23 pada 28 Jun, bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Mental dan Penggunaan Bahan di Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) Dr Devora Kestel dan Presiden Persekutua­n Kesihatan Mental Dunia Dr Nasser Loza.

“Ucapan Puteri ‘Mental Health: We Can and Need to Do Better (Kesihatan Mental: Kita Boleh dan Perlu Melakukan Lebih Baik) akan menyentuh mengenai landskap kesihatan mental di Malaysia semasa pandemik dan pemulihan negara ke arah normal baharu serta kepelbagai­an platform kesihatan mental yang ada dan peranan mereka dalam menggerakk­an masyarakat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia