Utusan Borneo (Sarawak)

SK Pekan Pitas juara Sepak Takraw MSSD 2022

-

PITAS: Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas akan mewakili daerah ini ke peringkat negeri selepas muncul juara Kategori Bawah 12 Tahun Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) baru-baru ini.

Guru Besar SK Pekan Pitas Rohana Aling yang juga pengelola kejohanan itu berkata, pihaknya berharap pasukan sekolah itu mampu meraih kejayaan di peringkat negeri yang dijangka berlangsun­g bermula 6 hingga 8 Julai depan.

Katanya, kemenangan yang dicapai oleh pasukan SK Pekan Pitas itu juga adalah hasil usaha para jurulatih iaitu Dee Harrydas Kudong, Mohd Najib Timbol dan Razian Rahsid.

Menurutnya, matlamat utama kejohanan berkenaan adalah untuk mencungkil bakat murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah, dalam permainan sukan sepak takraw.

Pada masa yang sama jelasnya, ia juga menyahut seruan dasar ‘Satu Murid, Satu Sukan’ yang digariskan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Kejohanan Sepak Takraw ini juga bertujuan membantu menyediaka­n pasukan regu ke kejohanan di peringkat negeri. Secara tidak langsung, daerah kita dapat melahirkan atlet yang berdaya saing dan profesiona­l dalam arena sukan sepak takraw.

“Ia juga dapat memberi keyakinan kepada pelajar semasa menyertai pertanding­an, membentuk disiplin yang mantap melalui bersukan serta memupuk kerjasama yang jitu dalam kalangan guru-guru daerah Pitas,” katanya di sini.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pembanguna­n Bakat (KOKUM) Sektor Pembanguna­n Murid Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Salleh Hasmarah mengucapka­n tahniah kepada Ahli Jawatankua­sa (AJK) Pengelola kerana berjaya menganjurk­an kejohanan selama dua hari dengan jayanya.

Beliau turut bangga kerana penganjura­n kali ini menggunaka­n ‘dasboard’ untuk penyimpana­n data pertanding­an yang boleh diakses melalui pautan yang dikongsika­n kepada semua sekolah yang menyertai kejohanan.

Selain itu, pihaknya turut merakamkan tahniah kepada semua pasukan yang meraih kemenangan sempena kejohanan itu.

Pada kejohanan itu, SK Senaja meraih tempat kedua, manakala SK Rukom tempat ketiga bagi Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun.

Kategori Lelaki Bawah 15 tahun dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinggan Pinggan, diikuti SMK Bongkol di tempat kedua dan SMK Pitas mendapat tempat ketiga.

Sebanyak lima pasukan untuk kategori berkenaan mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Bagi Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun, SMK Telaga memenangi tempat pertama, diikuti oleh SMK Pitas tempat kedua dan ketiga SMK Pitas II.

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Pitas terbuka kepada semua sekolah rendah tahap 2 dan menengah dalam daerah ini.

 ?? ?? JAWATANKUA­SA: AJK pengelola dan peserta-peserta Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD).
JAWATANKUA­SA: AJK pengelola dan peserta-peserta Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD).
 ?? ?? JUARA: Pasukan SK Pekan Pitas yang memenangi Kategori Bawah 12 Tahun bersama jurulatih Dee Harrydas (kanan) dan Razian (kiri).
JUARA: Pasukan SK Pekan Pitas yang memenangi Kategori Bawah 12 Tahun bersama jurulatih Dee Harrydas (kanan) dan Razian (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia