Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Majakir ungguli Kejohanan Merentas Desa MSSD Papar

-

PAPAR: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir muncul juara keseluruha­n Kejohanan Merentas Desa Peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Papar.

Sebanyak 13 sekolah di daerah ini menyertai kejohanan yang diadakan pada 15 Jun lepas.

Ketua Jurulatih SMK Majakir Jenerian Marcus berkata, sebagai tuan rumah kejohanan berkenaan, ia mendorong semua atlet sekolah itu untuk meraih kejuaraan bagi setiap kategori yang dipertandi­ngkan. Katanya, kejayaan yang diraih peserta sekolah itu adalah satu pencapaian yang membanggak­an kerana SMK Majakir menyapu bersih semua kategori yang dipertandi­ngkan.

“Kejayaan ini juga membolehka­n SMK Majakir mencipta rekod sebagai sekolah pertama yang memenangi keempat-empat kategori dipertandi­ngkan dalam kejohanan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, antara kategori yang dimenangi SMK majakir termasuk Perempuan A, Perempuan B, Lelaki A, Lelaki B, serta johan keseluruha­n.

Katanya, kejohanan merentas desa sejauh enam kilometer kali ini melibatkan seramai 24 atlet yang mewakili SMK Majakir.

Jenerian berkata, sekolah itu akan terus berusaha untuk muncul sebagai gergasi sukan olahraga di daerah Papar.

Beliau berkata, mereka juga menyasarka­n untuk menjadi johan dalam Kejohanan Olahraga MSSD Papar tahun ini.

 ?? ?? JOHAN: Peserta yang mewakili SMK Majakir Papar meraih kejayaan selepas muncul johan keseluruha­n.
JOHAN: Peserta yang mewakili SMK Majakir Papar meraih kejayaan selepas muncul johan keseluruha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia