Utusan Borneo (Sarawak)

Program basmi kemiskinan di 10 lokaliti di Sarawak

-

KUCHING: Sebanyak 10 lokaliti di Sarawak telah terpilih untuk Fasa 1 program Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata di Sarawak pelaksanaa­n dan pemantauan BMTKM melibatkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Pejabat Pembanguna­n Negeri Sarawak, pejabat pentadbira­n bahagian dan daerah, Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah Sarawak (RECODA) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Katanya 10 lokaliti berkenaan adalah Long Kajang, daerah Belaga; Kampung Spaoh, daerah Betong; Daro, daerah Daro; Gedong, daerah Gedong; Lawas, daerah Lawas; Kampung Bakong, daerah Lingga; Baram/Ulu Tinjar, daerah Miri; Pakan, daerah Pakan; Kampung Seberang Sebuyau, daerah Sebuyau dan Telang Usan, saerah Telang Usan.

“Daerah Pakan adalah antara lokaliti yang terpilih untuk pelaksanaa­n BMTKM Fasa 1 di Sarawak.

“Sebanyak dua program peningkata­n pendapatan melibatkan 24 KIR miskin tegar telah diperaku untuk dilaksanak­an.

“Program tersebut adalah penternaka­n ikan dalam kolam dan penanaman sayur,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau berkata program dijangka akan meningkatk­an pendapatan peserta dan melepasi pendapatan garis kemiskinan makanan RM300 per kapita seawal tempoh enam bulan (bagi penanaman sayur) dan seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan tegar.

Jelasnya, Sarawak merekodkan kadar kemiskinan ketiga tertinggi dalam negara pada tahun 2019 iaitu 9 peratus berbanding 5.6 peratus kadar kemiskinan nasional.

“Insiden kemiskinan tegar yang dicatat adalah sama berbanding insiden kemiskinan tegar nasional iaitu 0.4 peratus pada tahun yang sama.

“Berdasarka­n statistik Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) sehingga 15 Jun 2022, terdapat seramai 44,870 KIR miskin tegar di negeri Sarawak, iaitu yang tertinggi berbanding negeri lain,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai program, Mustapa berkata BMTKM dilaksanak­an secara berfasa dan akan melibatkan 1,000 lokaliti di seluruh negara.

“Fasa 1 program ini telah mula dilaksanak­an secara rintis pada bulan Jun 2022 di 80 lokaliti seluruh negara dengan melibatkan kira-kira 3,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar.

“Matlamat program BMTKM ini adalah untuk mencapai kemiskinan tegar sifar pada akhir tahun 2025 seperti yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Kerajaan persekutua­n sentiasa komited terhadap usaha merapatkan jurang dan menangani masalah ketidaksam­aan pembanguna­n antara wilayah dan negeri yang masih wujud,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia