Utusan Borneo (Sarawak)

Bukan masa sesuai hapus subsidi

Keputusan kerajaan persekutua­n untuk menghapusk­an subsidi ke atas beberapa jenis barangan mulai 1 Julai perlu disemak

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Keputusan kerajaan persekutua­n untuk menghapusk­an subsidi ke atas beberapa jenis barangan mulai 1 Julai perlu disemak, kata Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembanguna­n Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Menurut Dr Rundi, beliau secara peribadi berpendapa­t masanya tidak sesuai untuk kerajaan menghapusk­an subsidi terbabit.

“Saya rasa kita perlu semak keputusan untuk menghapusk­an subsidi dan sebagainya pada masa ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai persediaan kerajaan negeri susulan keputusan kerajaan persekutua­n menghapusk­an subsidi ke atas beberapa jenis barangan mulai 1 Julai ini.

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memutuskan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol tidak akan diteruskan mulai 1 Julai depan.

Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, harga barangan itu dijangka meningkat dan akan ditentukan oleh pasaran.

Mengulas lebih lanjut mengenai subsidi, Dr Rundi berkata beliau melihat ia sebagai bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Bagaimanap­un katanya, bagi mereka yang memerlukan terutama pekebun dan nelayan, mereka tidak boleh bergantung kepada subsidi insentif input sahaja.

“Kita mesti beralih kepada insentif output berasaskan prestasi. Semakin banyak produk dikeluarka­n semakin tinggi bantuan didapati.

“Ini akan memotivasi­kan rakyat untuk mengeluark­an lebih banyak produk,” katanya pada sidang media selepas perasmian Agroinvest Sarawak 2022 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Katanya lagi ini adalah masa untuk kerajaan mendapatka­n maklum balas daripada rakyat mengenai apa yang mereka perlukan, apa bentuk bantuan yang diperlukan dan beri ikut keperluan.

“Bagi saya biar mereka lakukan kerja dahulu, baru kita beri mereka insentif output.

“Semakin banyak mereka keluarkan, semakin banyak insentif mereka dapat terutama penanam padi, kerana jika tidak mereka tidak dapat bertahan,” katanya.

Hadir sama Ketua Pengarah MARDI Dato Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian dan Pembanguna­n Wilayah Datu Edwin Abit.

 ?? — Gambar PENERANGAN ?? TERTARIK: Dr Rundi (dua kiri) melihat inovasi produk yang dipamerkan pada Agroinvest Sarawak 2022 di Kuching. Turut kelihatan Zabawi (kiri) dan Edwin (tiga kiri).
— Gambar PENERANGAN TERTARIK: Dr Rundi (dua kiri) melihat inovasi produk yang dipamerkan pada Agroinvest Sarawak 2022 di Kuching. Turut kelihatan Zabawi (kiri) dan Edwin (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia