Utusan Borneo (Sarawak)

391 individu ditangkap, dadah bernilai RM122,310 dirampas

-

KUCHING: Seramai 391 individu ditahan disyaki terlibat atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) menerusi Ops Tapis Khas yang dilaksanak­an dari 21 Jun hingga kelmarin.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, individu yang ditahan menerusi operasi yang dijalankan di seluruh negeri itu, berusia antara 16 hingga 64 tahun.

Menurut Azman, dalam operasi ini polis telah merampas dadah pelbagai jenis yang bernilai RM122,310 dan rampasan dadah berkenaan boleh digunakan seramai 2,674 penagih.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 337.21 gram syabu, ganja (13.00 gram), ketamin (3.90 gram), sebanyak 1,611.03 gram jus ketamin, Methamphet­amine dan ekstasi (MDMA), pil ekstasi (500 biji) manakala pil Erimin 5 (315 gram).

“Rampasan tertinggi dadah dilakukan di Sibu dengan rampasan bernilai RM91,048 diikuti Kuching berjumlah RM8,490 dan RM5,955 di Kapit,” katanya pada Sidang Media Ops Tapis Khas Siri 4/2022 di Bilik Mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) di sini, semalam.

Jelas Azman, dalam pada itu polis turut menyita harta bernilai RM23,000 iaitu sebuah kereta di Kapit dan sebuah motosikal masingmasi­ng di Kuching dan Bau.

Menurutnya, dalam operasi itu sebanyak 325 kertas siasatan dibuka di mana 116 individu telah dituduh di mahkamah manakala selebihnya masih dalam siasatan.

“Seramai tujuh tokan dadah yang terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 41 tahun disiasat di bawah Seksyen 3(1) ADB (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Manakala seramai tujuh lagi individu dituduh di bawah Seksyen

39C ADB 1952 yang memperuntu­kkan penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih tujuh tahun dan tidak lebih tiga sebatan jika sabit kesalahan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Azman menambah sepanjang operasi ini sebanyak 30 pot dadah telah digempur manakala selebihnya ialah di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), ladang swasta dan pelbagai lagi tempat yang digunakan di seluruh Sarawak.

Sementara itu, bagi tempoh 1 Januari hingga 23 Jun tahun ini, JSJN Sarawak berjaya menangkap 4,410 individu dan merampas dadah pelbagai jenis berjumlah RM8,755,508 serta menyita harta bernilai RM1,576,863.

Tegasnya, polis khasnya JSJN akan terus mempergiat­kan tindakan bagi membantera­s kegiatan pengedaran dan penyalahgu­naan dadah sekali gus melumpuhka­n sumber bekalan, kewangan dan aset sindiket bagi memastikan kegiatan jenayah ini dibanteras habishabis­an.

Dalam hal berkaitan, beliau berkata IPK Sarawak mengadakan satu lelongan harta lucut hak di bawah ADB (Pelucuthak­an Harta) 1988 semalam.

Katanya, sebanyak 65 harta lucut hak dilelong iaitu 51 barang kemas, jam tangan (lima), telefon bimbit (dua), gitar (dua), piano (satu), televisyen (satu) dan topi keledar (tiga).

“Seramai 31 orang pembida menyertai lelongan ini dan harga asal keseluruha­n harta lelongan berjumlah RM189,600 dan hasil lelongan berjaya dikumpulka­n berjumlah RM217,550,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata, Ketua JSJN Sarawak ACP Mustafa Kamal Gani dan pegawai kanan yang lain.

 ?? ?? KEJAYAAN: Azman menunjukka­n hasil serbuan dan tangkapan semasa Ops Tapis Khas 4/2022 yang dilaksanak­an di Sarawak pada sidang media di IPK semalam.
KEJAYAAN: Azman menunjukka­n hasil serbuan dan tangkapan semasa Ops Tapis Khas 4/2022 yang dilaksanak­an di Sarawak pada sidang media di IPK semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia