Utusan Borneo (Sarawak)

ACWW bakal berlangsun­g pada 4 hingga 6 Julai di Kuching

-

KUCHING: Persidanga­n Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) Tiga Tahun Sekali bakal berlangsun­g selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Julai depan di Kuching.

Presiden Kawasan Asia Tenggara dan Timur Jauh ACWW Norjanah Razali memaklumka­n demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pejabat Premier Sarawak, Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Persekutua­n Institut Wanita Sarawak (SFWI) menjadi tuan rumah bagi persidanga­n ke-13 ini yang bertemakan Kepelbagai­an Adalah Kekuatan Kami.

SFWI mempunyai hubungan yang lama dengan ACWW dan telah empat kali menjadi tuan rumah Persidanga­n Kawasan ACWW Untuk Asia Tenggara dan Timur Jauh.

Bermula pada 1964 persidanga­n di Kuching bertemakan Pemakanan Praktikal Untuk Keluarga Kampung, tahun 1982 Peranan Pendidikan Bukan Formal Dalam Pembanguna­n Masyarakat, tahun 2005 Memenangi Jalan Untuk Wanita dan tahun 2012 di Miri dengan tema Suara Wanita Di Seluruh Dunia: Memperkasa­kan Transforma­si.

Persidanga­n SFWIACWW telah menekankan dengan ketara bahawa wanita, tanpa mengira lokaliti atau negara sebenarnya dapat membantu antara satu sama lain dalam bidang pendidikan, alam sekitar, teknologi, kemajuan masyarakat dan kedudukan kepimpinan.

Melalui persidanga­n ini, Sarawak dan Malaysia telah mendapat pengiktira­fan apabila rantau ini mampu melahirkan pemimpin dunia dalam memperjuan­gkan perjuangan wanita luar bandar seperti Dato Ursula Goh, Presiden ACWW Dunia 2004-2007 dan 2007-2010 manakala Norjanah Razali yang kini merupakan Presiden Kawasan ACWW Untuk Asia Tenggara dan Timur Jauh (2019-2023) .

ACWW adalah organisasi antarabang­sa terbesar untuk wanita dengan ibu pejabat di London ditubuhkan pada 1933 dengan keahlian sembilan juta wanita di lebih 70 negara.

 ?? ?? KUNJUNGAN: Abang Johari (tiga kiri) semasa kunjungan hormat rombongan ACWW di Pejabat Premier Sarawak, Wisma Bapa Malaysia, Kuching, semalam. Turut kelihatan, Norjanah (tiga kanan) dan Pengerusi SFWI Norhyati Mohd Ismail (dua kiri).
KUNJUNGAN: Abang Johari (tiga kiri) semasa kunjungan hormat rombongan ACWW di Pejabat Premier Sarawak, Wisma Bapa Malaysia, Kuching, semalam. Turut kelihatan, Norjanah (tiga kanan) dan Pengerusi SFWI Norhyati Mohd Ismail (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia