Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga projek berimpak tinggi di Sungai Passin bakal siap dalam lima tahun

-

MUKAH: Tiga projek berimpak tinggi di Sungai Passin, Matu bakal siap dalam tempoh lima tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, ia melibatkan projek pembinaan jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

“Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada tujuh buah rumah panjang di sini malah turut melibatkan sebuah sekolah dan sebuah klinik kesihatan,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat dan Ngiling Bidai di Sungai Passin.

Safiee berkata, projek jalan raya Jemoreng-Passin sepanjang 16 kilometer mungkin bakal ditender semula atas sebab masalah prestasi kontraktor terhadap projek bernilai RM65 juta diserah tapak projek pada 2020.

Menurutnya, berdasarka­n penilaian semula agensi terbabit projek itu bakal memakan masa 30 bulan untuk disiapkan.

“Manakala dua projek lagi bakal menyusul mengikut jajaran jalan raya JemorengSu­ngai Passin bakal siap iaitu projek bekalan elektrik dan bekalan air bersih,” jelas beliau.

Katanya, untuk projek bekalan elektrik ia juga diluluskan dengan nilai RM62 juta dan bakal siap menjelang September 2023.

Bagi projek bekalan air bersih melibatkan sambungan bekalan air dari Loji Rawatan Air Jemoreng ke kawasan tersebut telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Beliau berharap semua projek tersebut dapat berjalan lancar dan segera dilaksanak­an mengikut jangka masa ditetapkan.

Sebelum itu, Safiee turut membawa bersama agensiagen­si terlibat dalam projek berimpak tinggi ke kawasan tersebut bagi memberi taklimat kepada penduduk.

Majlis sama turut menyaksika­n Safiee menyerahka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada tujuh penerima dengan jumlah keseluruha­n RM57,000.

Turut hadir wakil Pegawai Daerah Matu Norkasmawa­ti Kassim, Pengurus Projek Jalan Passin-Matu Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Tengah Yeo Pui Hee, Ketua Penyelaras Sarawak Energy (RES) Sdn Bhd Wilayah Tengah Ismail Ali dan Pegawai Menguasa JKR Matu dan Daro Faizol Hassim.

 ?? ?? PENUTUPAN: Safiee (duduk mencangkun­g, tengah) melakukan simbolik penutupan Gawai Ngiling Bidai di Sungai Passin, Mukah disaksikan yang lain.
PENUTUPAN: Safiee (duduk mencangkun­g, tengah) melakukan simbolik penutupan Gawai Ngiling Bidai di Sungai Passin, Mukah disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia