Utusan Borneo (Sarawak)

Juh! Masuk UPMKB

-

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) menganjurk­an program Juh! Masuk UPMKB berlangsun­g di Dewan Sri Kenyalang UPMKB di sini hari ini (Sabtu).

Menurut kenyataann­ya semalam, program tersebut berlangsun­g dari jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program itu antaranya sesi bimbingan dan nasihat akademik, pendaftara­n kemasukan Unit Pusat Universiti (UPU) Online,” katanya.

Selain itu, ia turut membabitka­n semakan kelayakan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), jualan pertanian, lawatan ke Kolej Sri Rajang dan pameran fakulti atau jabatan.

Justeru, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan orang ramai dipelawa hadir ke program tersebut bagi memanfaatk­an sekiranya ingin melanjutka­n pelajaran di universiti itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia