Utusan Borneo (Sarawak)

Jugah Muyang telah memohon menyertai PRS

-

KUCHING: Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang telah memohon untuk menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Jugah yang juga Ahli Parlimen bebas memberitah­u Borneo Post bahawa beliau telah mengemukak­an permohonan keahlianny­a tiga bulan lalu dan oleh itu beliau tidak berhasrat untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

“Saya percaya cara terbaik untuk berkhidmat dan membantu pengundi saya adalah melalui GPS (Gabungan Parti Sarawak).

“Sejak saya mengisytih­arkan sokongan saya kepada kerajaan persekutua­n yang sekarang sebagai bebas dan memohon untuk menyertai GPS, saya rasa saya sudah menjadi sebahagian daripada GPS,” katanya semalam.

Beliau berkata kini terpulang kepada kepimpinan tertinggi PRS dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga pengerusi GPS untuk memutuskan permohonan­nya.

Jugah memenangi kerusi Parlimen Lubok Antu pada 2018 sebagai calon Bebas.

Beliau menyertai PKR tidak lama kemudian dan pada Jun 2020 beliau menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada calon Presiden PBM Zuraida Kamaruddin atas jemputan menyertai parti itu tetapi beliau tidak boleh menyertai mereka kerana hatinya sudah ada dengan GPS.

Zuraida semalam memberitah­u pemberita pada satu majlis di Kota Kinabalu bahawa pihaknya mengalu-alukan Ahli

Parlimen Bebas Jugah dan Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat.

Masir ketika dihubungi bagaimanap­un enggan mengulas lanjut mengenai kemungkina­n menyertai PBM.

Masir meninggalk­an PRS untuk menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Mac 2019.

Pada Mac tahun ini, Masir mengumumka­n peletakan jawatannya daripada PSB dan mengisytih­arkan sokonganny­a kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia