Utusan Borneo (Sarawak)

Jemaah haji Bintulu berlepas ke Mekah

-

BINTULU: Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak Dato Pengiran Daud Pengiran Putera yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak merangkap Ketua PBB Jepak Datuk Talib Zulpilip telah berkesempa­tan menghantar bakal jemaah haji Bintulu di bawah Tabung Haji (TH) yang berlepas dari Lapangan Terbang Bintulu pada Khamis ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching.

Seterusnya jemaah akan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpursebe­lummenerus­kan penerbanga­n ke Jeddah dan seterusnya ke Tanah Suci Mekah untuk persediaan mengerjaka­n ibadah haji pada 10 Julai depan.

Pengiran Daud dalam hantaran di Facebookny­a mendoakan semua jemaah haji tersebut akan mendapat haji yang mabrur dan selamat sepanjang perjalanan ke Tanah Suci Mekah.

Selain itu, ahli keluarga jemaah haji turut bersama menghantar ahli-ahli keluarga mereka yang akan mengerjaka­n ibadah haji semasa pelepasan jemaah haji di Lapangan Terbang Bintulu.

Seramai 142 jemaah haji kumpulan pertama Sarawak berlepas ke Tanah Suci Mekah pada Khamis.

Penerbanga­n pertama dari Sarawak berlepas jam 10.55 malam dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching dengan mengguna penerbanga­n Malaysia Airlines (KT32Q) seterusnya akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbanga­n ke Jeddah.

Jemaah haji ini dijangka tiba di Jeddah jam 6.55 pagi waktu Arab Saudi.

Manakala kumpulan kedua, seramai 142 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching pada jam 8.55 malam Jumaat.

Ia membabitka­n 48 penerbanga­n Malaysia Airlines dan Saudi Airlines yang terlibat dalam membawa 14,306 jemaah haji dari negara ini ke Tanah Suci Mekah.

 ?? ?? SEMOGA SELAMAT: Pengiran Daud (kanan) bersalaman dengan jemaah haji yang akan menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
SEMOGA SELAMAT: Pengiran Daud (kanan) bersalaman dengan jemaah haji yang akan menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia