Utusan Borneo (Sarawak)

Sesiapa sahaja boleh mohon sertai GPS tetapi keputusan ditentukan pemimpin tertinggi

Program Agroinvest Sarawak 2022 platform Biz-Matching MARDI promosi teknologi, inovasi

-

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom tidak menghalang manamana individu untuk memohon menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bagaimanap­un katanya, keputusan sama ada menerima atau tidak akan ditentukan oleh pemimpin tertinggi parti.

“Ini adalah demokrasi dan kita tidak boleh menghalang mana-mana individu untuk menyertai parti.

“Tetapi kita perlu berunding dengan akar umbi. Kita tidak boleh benarkan, apabila rasa sedikit panas di satu-satu tempat misalnya, terus mahu pindah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permohonan Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin dan Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang untuk menyertai GPS.

Ujar Dr Rundi lagi, beliau sendiri misalnya telah bersama dengan PBB bertahun-tahun lamanya dan ini adalah penggal kelima beliau bersama parti itu dan akan terus kekal bersama PBB.

“Saya tidak akan berpindah ke mana-mana parti, kalau saya mahu berhenti saya akan berhenti di sini (bersama PBB).

“Sikap seperti ini kita perlu kalau mereka mahu bersama GPS,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena.

Tegas Dr Rundi lagi, GPS menunjukka­n sokongan baik daripada rakyat Sarawak dan tidak boleh diperjudik­an dengan kekal kuat, kekal setia kepada ikrar parti untuk berjuang demi Sarawak.

“Sesiapa yang berikrar berjuang demi Sarawak akan menjadi rakan kita,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perasmian Agroinvest Sarawak 2022 di sini, semalam.

Dalam pada itu, Jugah pada Isnin berkata tidak berminat untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan telah memohon untuk menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) di bawah GPS.

Manakala Willie yang merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah memohon untuk menyertai PBB di bawah GPS.

KUCHING: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan menerusi Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menganjurk­an Program Agroinvest Sarawak 2022 semalam di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Program ini merupakan platform utama Biz-Matching MARDI dalam mempromosi­kan teknologi dan inovasi yang telah dibangunka­n kepada syarikat, usahawan berpotensi serta orang awam yang berminat.

Penganjura­n Agroinvest ini disertai 100 peserta dari pelbagai syarikat, usahawan dan rakanindus­tridengans­ebanyak 12 teknologi komersial terpilih dipamer, dipromosi dan dipasarkan kepada syarikat dan usahawan yang berpotensi.

Berucap merasmikan program tersebut, Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembanguna­n Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pelaksanaa­n Agroinvest Sarawak ini dilihat sangat bertepatan dan berpadanan dengan hasrat dan aspirasi Sarawak.

Agroinvest Sarawak katanya, boleh menjadi medium yang memudahkan jalinan bagi perancanga­n strategik untuk mentransfo­rmasikan dan memodenkan sektor pertanian dan petani di Sarawak.

Pada majlis itu Dr Rundi turut menyaksika­n tiga pertukaran Memorandum Perjanjian (MOA) antara pihak MARDI dan rakan komersial terpilih iaitu Wetrade Resources,

Superfood Biotech Sdn Bhd dan Procare Toyyib Sdn Bhd.

Selain itu MARDI turut mengadakan pertukaran Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sementara itu Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Dato Haslina Abdul Hamid dalam teks ucapannya yang disampaika­n Ketua Pengarah MARDI Dato Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berharap Agroinvest menjadi platform untuk MARDI memperheba­tkan aktiviti promosi teknologi komersial MARDI.

Selain mempamerka­n 12 teknologi komersial terpilih, sebanyak 20 teknologi gunaan awam turut dipamerkan untuk manfaat semua.

“Bagi pihak kementeria­n, besar harapan kami agar program yang dirancangk­an pada hari ini dapat memberi manfaat kepada semua, khasnya penduduk tempatan, petani dan pengusaha serta industri pertanian di Sarawak amnya.

“Diharapkan semua yang hadir tidak terlepas peluang untuk mendapatka­n maklumat lanjut bagi teknologit­eknologi yang dibentang dan dipamerkan,” katanya.

Dalam pada itu hari ini (Sabtu), usahawan terpilih berpeluang hadir ke Test Bed yang terletak di Stesen MARDI Kuching untuk sesi demonstras­i dan latihan amali pemprosesa­n makanan.

 ?? ?? INGIN TAHU: Pengunjung mencuba inovasi produk yang dipamerkan pada Agroinvest Sarawak 2022 di Kuching.
INGIN TAHU: Pengunjung mencuba inovasi produk yang dipamerkan pada Agroinvest Sarawak 2022 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia