Utusan Borneo (Sarawak)

7,000 menara telekomuni­kasi disasar siap menjelang 2023

Projek bermula 2018, dijalankan secara berperingk­at merangkumi semua kawasan khususnya kampung dan rumah panjang

- Oleh Ambrose Rirang

TATAU: Kerajaan Sarawak menyasarka­n sebanyak 7,000 menara telekomuni­kasi dapat disiapkan di seluruh negeri ini sehingga 2023, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John SikieTayai.

Menurutnya, projek pembinaan menara telekomuni­kasi itu secara amnya bermula sejak 2018 dan dijalankan secara berperingk­at merangkumi semua kawasan khususnya perkampung­an dan rumah panjang.

Katanya, pada tahun ini kerajaan negeri menyasarka­n sebanyak 1,403 menara telekomuni­kasi dapat disiapkan sehingga penghujung tahun ini manakala 2,466 lagi dapat disiapkan pada 2023.

“Usaha berterusan kerajaan negeri merupakan inisiatif bagi memastikan semua kawasan di negeri ini mendapat jaringan telekomuni­kasi pantas dan menyeluruh khususnya perkhidmat­an Internet,” katanya pada Majlis Perasmian Jalan dan Ngiling Bidai Rumah Jampi Iran di Nanga Bulu, Jalan SanganMeri­t dekat sini, kelmarin.

Mengenai status terkini menaik taraf jalan kawasan terbabit, Sikie berkata permohonan menaik taraf jalan ke kawasan Muput, Penyarai dan Jalan dari Nanga Jenga ke Hulu Anap seterusnya ke Pelagus, permohonan bagi menaik taraf jalan itu telah dihantar ke Kementeria­n

“Usaha berterusan kerajaan negeri merupakan inisiatif bagi memastikan semua kawasan di negeri ini mendapat jaringan telekomuni­kasi pantas dan menyeluruh khususnya perkhidmat­an ” Internet. Datuk John SikieTayai Menteri di Jabatan Premier Sarawak

Luar Bandar dan Premier Sarawak.

“Adalah menjadi keutamaan Kerajaan Sarawak iaitu dengan memastikan setiap penduduk dapat menikmati kemudahan jalan raya moden dan bagus sekali gus meningkatk­an status sosioekono­mi penduduk dari semasa ke semasa,” jelas beliau.

Mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan diadakan tidak lama lagi, beliau menasihati rakyat kawasan Selangau, Kakus dan Tamin agar bijak memilih calon yang benar-benar dapat membela nasib rakyat.

Menurutnya, jangan diulang semula apa yang berlaku pada PRU 2018 yang mana calon dipilih gagal melaksanak­an tugas diamanahka­n.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau turut mengumumka­n sumbangan geran projek kecil luar bandar (MRP) sejumlah RM20,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan RM5,000 kepada Biro Wanita Rumah Jampi.

Hadir sama Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan dan Ketua Polis Daerah Tatau DSP Jame Reis.

 ?? ?? RASMI: Sikie memotong reben simbolik merasmikan Jalan Rumah Jampi Iran di Nanga Bulu, Jalan Sangan-Merit, Bintulu kelmarin.
RASMI: Sikie memotong reben simbolik merasmikan Jalan Rumah Jampi Iran di Nanga Bulu, Jalan Sangan-Merit, Bintulu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia