Utusan Borneo (Sarawak)

JBPM Sarawak, Yayasan Farley bekerjasam­a bangun program kesedaran keselamata­n kebakaran

-

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bersama Yayasan Farley telah memeterai kolaborati­f strategik kelmarin.

Pengarah JBPM Sarawak Datu Khirudin Drahman berkata kolaborati­f tersebut adalah untuk membolehka­n kedua-dua pihak bekerjasam­a dalam menjalanka­n pemerkasaa­n komuniti dalam ‘total fire safety’ dan ‘disaster resistant community’, membangunk­an program kesedaran keselamata­n kebakaran dan program kesedaran keselamata­n bagi kanak-kanak.

Menurutnya, kerjasama pintar ini harus dibentuk agar sumber yang terhad dapat digunakan dengan lebih optimum dan selaras dengan dasar kebombaan dan penyelamat­an negara tahun 2021 hingga 2030.

“Diharapkan melalui kerjasama ini akan dapat mewujud dan memperkasa­kan Community Emergency Response Team (CERT) di kawasan perumahan, premis awam dan swasta.

“Meningkatk­an kerjasama dengan badan korporat, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi program keselamata­n di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.

“Program-programber­sama masyarakat juga dapat dipertingk­atkan lagi seperi program SURI,1RAPI,KuKenal,Bomba Komuniti dan Community

Fire Drill,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Kolaborati­f di antara JBPM Sarawak dengan Yayasan Farley ditandatan­gani Khirudin dan Presiden Yayasan Farley Eijing Lau sempena Majlis Pembukaan Rasmi Pusat BeliBelah Farley Kuching.

Upacara tersebut disempurna­kan oleh Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

 ?? — Gambar oleh Mohd Rais Sanusi ?? KERJASAMA: Khirudin (kiri) menerima plak kolaborati­f strategik tersebut daripada Eijing pada Majlis Pembukaan Rasmi Farley Kuching.
— Gambar oleh Mohd Rais Sanusi KERJASAMA: Khirudin (kiri) menerima plak kolaborati­f strategik tersebut daripada Eijing pada Majlis Pembukaan Rasmi Farley Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia