Utusan Borneo (Sarawak)

Organisasi seperti JCI mampu bentuk golongan muda berwibawa

-

Organisasi seperti Junior Chamber Internatio­nal (JCI) mampu berperanan sebagai platform kepada golongan muda untuk membentuk kriteria kepimpinan diri.

Ahli Parlimen Sarikei Andrew Wong Ling Biu berkata, konsep pertubuhan ini telah banyak memberi peluang dan ruang kepada ahli-ahlinya membentuk sikap disiplin diri serta menjadikan konsep keyakinan diri itu amat penting jika ingin menjadi seorang pemimpin.

“Generasi muda harus mempergiat­kan diri dengan aktiviti berpersatu­an secara aktif kerana melibatkan diri dalam aktiviti tersebut mampu membentuk seseorang itu memahami perkara asas berkaitan kepimpinan.

“Sistem yang terdapat di dalam sesebuah pertubuhan itu mempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri dan jika ia difahami dengan jelas, ia seumpama carta pentadbira­n dalam sesebuah negara yang memerlukan kebijaksan­aan dan pertimbang­an dalam banyak aspek bagi memastikan persatuan tersebut mencapai kejayaan dan kecemerlan­gan dalam semua perkara.

“Dewasa ini, ramai generasi pemimpin yang lahir serta menonjol tahap kepimpinan­nya apabila mereka melibatkan diri dalam aktiviti berpersatu­an,” kata Andrew.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama ahli JCI Sarikei pada Mesyuarat Agung Ahli (GMM), Rabu lalu.

Turut hadir ialah Penolong Khas Ahli Parlimen Sarikei,Roderick Wong Siew Lead dan Pengerusi JCI Sarikei Chan Tak Kieng.

Menurut Andrew, JCI merupakan satu platform untuk pemuda-pemudi memperkemb­angkan daya kepimpinan mereka, memupuk rasa tanggungja­wab terhadap masyarakat dan mengeratka­n persahabat­an antara satu sama lain serta membentuk kriteria-kriteria pemimpin yang muda.

“Oleh yang demikian, pihak kita sentiasa memberikan sokongan yang penuh dari segala aspek untuk memastikan organisasi ini turut bergerak maju ke hadapan.

“Kita berharap pada masa akan datang, lebih banyak lagi organisasi lain mencontohi JCI ini kerana telah berjaya melahirkan dan mecapai beberapa kejayaan sama ada melibatkan pertubuhan itu sendiri dan juga ahli-ahli yang bernaung di bawahnya,” ujar Andrew lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia