Utusan Borneo (Sarawak)

Ling sedia bantu kemukakan aduan awam

-

Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Alan Ling berkata, masih ramai orang awam tidak tahu cara dan saluran untuk mengadu masalah mereka.

Sehubungan itu, beliau bersedia memberi bantuan agar aduan dikemukaka­n kepada pihak berkaitan untuk tindakan dan penyelesai­an.

“Saya berharap agar pihak tertentu agar tidak berkecil hati sekiranya orang awam menyalurka­n aduan melalui pejabat saya,” jelasnya di sini, kelmarin.

Antara aduan yang diterima ialah berkaitan kemudahan awam seperti kerosakan jalan, gejala laku musnah, pencemaran bunyi dan bau khasnya di kawasan kediaman.

Menurut Ling, pejabat beliau akan membantu menghubung­i talian khidmat dan menulis surat kepada pihak berkaitan termasuk agensi dan jabatan.

Beliau yang juga Setiausaha PakatanHar­apan(PH)Sarawak berkata, antara tindakan lain beliau ialah mengunjung­i lokasi bersama pengadu untuk melihat sendiri keadaan dan permasalah­an yang dialami.

“Saya berharap agar pihak tertentu memahami peranan kami untuk bersama-sama membantu masyarakat yang memerlukan bantuan demi kebaikan mereka,” tegasnya.

 ?? ?? RASMI: (Dari kiri) Shafrie, Yakub, Hanifah dan yang lain ketika memotong pulut kuning simbolik perasmian majlis kelmarin.
RASMI: (Dari kiri) Shafrie, Yakub, Hanifah dan yang lain ketika memotong pulut kuning simbolik perasmian majlis kelmarin.
 ?? ?? TURUN PADANG: Ling (kiri) ketika membuat tinjauan keadaan jalan di Jalan Pulasan, Senadin.
TURUN PADANG: Ling (kiri) ketika membuat tinjauan keadaan jalan di Jalan Pulasan, Senadin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia