Utusan Borneo (Sarawak)

Tangani kemurungan dalam kalangan remaja perlu kerjasama ibu bapa, guru

-

Usaha menangani masalah kemurungan dalam kalangan remaja memerlukan kerjasama ibu bapa dan guru, kata Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu.

Beliau berkata, sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak mereka harus memberi tumpuan kepada perubahan tingkah laku golongan ini yang terkesan akibat pelbagai tekanan.

Menurutnya berdasarka­n bukti anekdot menunjukka­n kemurungan dalam kalangan remaja termasuk belia meningkat semasa pandemik COVID-19.

“Ibu bapa khasnya harus peka dengan perubahan tingkah laku anak-anak terutama yang masih kecil atau muda, baru memasuki alam remaja, jangan tunggu sehingga masalah mental yang dihadapi menjadi penyakit, baharu membawa mereka mendapatka­n rawatan.

“Kita semua tahu, sekarang tekanan dihadapi termasuk golongan remaja ini lebih hebat berbanding zaman kita dahulu, pertama disebabkan COVID-19, mereka terperap di rumah, tidak melakukan aktiviti luar disebabkan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ditambah PdPR (Pembelajar­an dan Pengajaran di Rumah) dan banyak lagi,” katanya.

Beliauberk­atademikia­npada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Prapelanca­ran ProgramRak­anMudaComf­ort Room@Sarawak di Bangunan Asrama Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak di sini, kelmarin.

Rentap berkata, program tersebut merupakan inisiatif Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Malaysia menyediaka­n ruang dan platform kepada remaja menyuaraka­n masalah mereka seterusnya mendapatka­n khidmat kaunseling daripada pakar.

Di bawah program itu katanya, Persatuan Kesihatan Mental (MHA) Sarawak menyediaka­n khidmat kaunseling dan pihak sekolah digalakkan mengenal pasti pelajar yang menunjukka­n simptom-simptom kemurungan atau tanda-tanda masalah kesihatan mental.

“Terima kasih kepada KBS Sarawak kerana menyediaka­n ruang dan tempat seperti ini untuk remaja mahupun belia kita menyuaraka­n masalah mereka seterusnya mendapat kaunseling.

“Sekarang golongan remaja terlalu banyak menghabisk­an masa dengan ‘rakan di alam maya’ mereka tidak ada rakan yang nyata untuk dibawa bersembang mahupun tempat meluahkan masalah,” ujarnya.

Rentap memberitah­u, kerajaan negeri menerusi Majlis Pembanguna­n Sosial juga mewujudkan pusat seumpama itu di Jalan Abell di sini dengan harapan lebih ramai belia yang mengalami masalah mental mendapat bantuan di situ.

“Harus diingatkan, masalah mental bukan satu hukuman, ia boleh dirawat jika dikesan awal.

“Bagi tujuan ini, seluruh komuniti mesti bekerja ama dan memberi sokongan kepada usaha-usaha dilakukan pertubuhan yang mengendali­kan isu ini,” katanya.

Sementara itu Pakar Psikiatri daripada MHA Sarawak yang hadir sama berkata pihaknya tidak mempunyai statistik kes masalah mental atau kemurungan membabitka­n golongan remaja mahupun belia di Malaysia atau Sarawak bagaimanpu­n berdasarka­n pengalaman­nya bekerja di klinik, jumlah kes menunjukka­n peningkata­n.

“Sebabnya ialah, kita menganggap masyarakat sudah tahu apa itu kesihatan mental kerana semasa pandemik ramai yang tampil bercakap mengenai kesihatan mental.

“Masyarakat lebih tahu perkhidmat­an disediakan. Mereka tampil mendapatka­n bantuan. Pada masa sama kami turut menyediaka­n sokongan dan akses untuk mereka dibantu,” jelasnya.

Dr Ng menambah, seorang yang mengalami masalah mental tidak bermakna seseorang itu sakit, sebaliknya mereka ini hanya memerlukan orang untuk dibawa berbual.

“Biasanya doktor tidak mengdiagno­s mereka ada penyakit mental. Jika seseorang itu memerlukan kaunseling, kita akan sediakan seperti disediakan di pusat ini di bawah Program Rakan Muda Comfort Room @ Sarawak. “Di sini kita hanya akan memberi kaunseling dan jika kes yang tidak dapat dikendalik­an di sini, kita akan rujuk mereka ke hospital atau klinik untuk mendapatka­n rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya masyarakat perlu menghapusk­an stigma mengenai kesihatan mental, ia harus dilihat seperti penyakit tidak berjangkit iaitu diabetes dan hipertensi.

 ?? ?? BERI SOKONGAN: Andrew (baju merah) merakam gambar bersama ahli JCI Sarikei sejurus selesai menghadiri pada majlis perjumpaan bersama ahli JCI Sarikei pada GMM, Rabu lalu.
BERI SOKONGAN: Andrew (baju merah) merakam gambar bersama ahli JCI Sarikei sejurus selesai menghadiri pada majlis perjumpaan bersama ahli JCI Sarikei pada GMM, Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia