Utusan Borneo (Sarawak)

Beri kemenangan kepada GPS dalam PRU15: Yakub

-

Rakyat harus memberi kemenangan besar kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) nanti.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi, kemenangan besar harus dicapai seperti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“GPS harus menang besar dalam PEU seperti dalam PRN lalujuga,”katanyaket­ikaMajlis Pulut Ta’un 2022 di Kampung Sau di sini, kelmarin.

Menurutnya, wakil rakyat di peringkat Parlimen iaitu

Datuk Hanifah Hajar Taib telah melaksanak­an tugasnya dengan baik sejak mewakili kawasan itu pada 2018.

Buktinya, Hanifah kini telah memegang jawatan Timbalan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

Beliau juga menyifatka­n Hanifah seorang wakil rakyat yang kerap turun padang walau sesibuk manapun jadualnya.

Selain itu tambahnya, penduduk khasnya di kawasan Mukah masih memerlukan kesinambun­gan khasnya dalam pembanguna­n.

Ini katanya, melalui pelbagai projek yang sama ada telah, sedang atau masih dalam pembanguna­n.

Sementara itu, Hanifah dalam ucapannya mengatakan kerajaan persekutua­n dan negeri sedang dalam usaha memperbaik­i ekonomi di kalangan rakyat pascaCOVID-19.

“Pelbagai inisiatif telah diambil dari segenap aspek seperti pelaburan dari pihak luar negara, pelbagai sumber pendapatan baharu dan sebagainya telah diusahakan,” ujarnya.

Turut hadir Pemangku Residen Bahagian Mukah Shafrie Saili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia