Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat permulaan digesa ketahui lebih lanjut peluang disediakan MOSTI, Cradle dan TEGAS

BCF 2022 dilanjutka­n dari 18 hingga 23 Julai

-

Syarikat permulaan tempatan digesa mengetahui lebih lanjut mengenai peluang yang disediakan di bawah Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) melalui platform MYStartup, terutama pada masa sukar ini.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli merangkap Pengerusi TEGAS Datu Len Talif Salleh berkata, usaha ini adalah sinergi antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri yang komited untuk meningkatk­an inovasi digital dan ekosistem keusahawan­an di Sarawak, selaras dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 dan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030.

“Komitmen TEGAS adalah untuk memastikan komuniti pemula tidak terkecuali daripada menyertai dan mendapat manfaat daripada inisiatif kerajaan persekutua­n dan negeri melalui program sebegini yang akan membantu dan menyokong syarikat permulaan tempatan di Sarawak.

“Premier kita memulakan inisiatif digital pada 2017, iaitu dengan pengumuman RM30 juta kepada TEGAS dan Persidanga­n Ekonomi Digital Antarabang­sa Sarawak (IDECS) pada 2017.

“Pada masa itu, ramai berpendapa­t beliau memandang terlalu jauh ke hadapan tetapi selepas kita berdepan dengan pandemik COVID-19 pada 2020, kita menyedari betapa pentingnya ekonomi digital,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada pelancaran siri MYStartup Roadshow di TEGAS Digital Village di sini, semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba dan ia menyaksika­n TEGAS bertukar Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Cradle untuk kerjasama melalui platform MYStartup.

Len Talif dalam pada itu berbesar hati mengetahui bahawa perkongsia­n dengan Cradle akan menyokong usahawan tempatan untuk mengakses pengetahua­n, kemahiran, rangkaian dan sumber sambil menukar idea inovatif mereka kepada perniagaan yang mampan. “Perkongsia­n sebeginila­h yang kita hargai di TEGAS kerana ia akan meningkatk­an kebolehpas­aran dan kapasiti syarikat permulaan Sarawak.

“Saya juga memuji usaha yang telah dicapai oleh rakan ekosistem kita dalam mengembang­kan syarikat permulaan tempatan dan membina komuniti permulaan di Sarawak. Ini adalah inisiatif teladan yang menggalakk­an kerjasama kukuh antara sektor awam dan swasta,” katanya.

Len Talif menambah, TEGAS berhasrat untuk memupuk perkongsia­n strategik dan sinergi ekosistem bagi manfaat semua anak Sarawak, selari dengan perkongsia­n mereka bersama MOSTI dan Cradle untuk inisiatif MYStartup melalui TEGAS Digital Village.

Jelasnya, TEGAS Digital Village yang dilancarka­n oleh Premier Sarawak pada November tahun lalu adalah platform dibiayai Kerajaan Sarawak untuk menyokong pertumbuha­n permulaan dan memudahkan pemindahan teknologi dan pengkomers­ilan.

“Sehingga kini, kita telah menyokong sekitar 300 syarikat permulaan dan perusahaan sosial peringkat awal melalui pelbagai program pecutan.

“Hab inovasi digital kita di Kuching, Bintulu dan Miri melibatkan usahawan muda yang masih dalam fasa awal sebelum menyalurka­n mereka yang berpotensi tinggi ke TEGAS Digital Village untuk menyokong pertumbuha­n mereka,” katanya sambil menambah, TEGAS Digital Village juga dikaitkan dengan pelbagai hab inovasi dan ruang kerja bersama di Sarawak yang dikendalik­an rakan kongsi ekosistemn­ya.

Turut hadir Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk merangkap Bendahari TEGAS Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestaria­n Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi) Datu Dr Sabariah Putit dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Norman Matthieu Vanhaecke.

SIBU: Tempoh penganjura­n Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2022 dilanjutka­n dari 19 hingga 23 Julai kepada 18 hingga 23 Julai ini di sini.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Bujang Zainuddin mengumumka­n pindaan tarikh tersebut pada sidang media di Pejabat MPS, Wisma Sanyan di sini, semalam.

“Hari ini, MPS selaku penganjur BCF 2022 mengumumka­n beberapa kemas kini mengenai BCF 2022.

“Acara ini, seperti diumumkan sebelum ini diadakan dari 19 hingga 23 Julai 2022.

“Bagaimanap­un, memandangk­an tempoh acara bertepatan dengan Hari Sarawak pada 22 Julai 2022, MPS membuat keputusan untuk melanjutka­n tarikh BCF 2022.

“Oleh itu, tarikh baharu untuk BCF 2022 adalah dari 18 hingga 23 Julai 2022,” katanya.

Mengenai atur cara, persembaha­n kaum Dayak bermula pada 18 Julai manakala upacara perasmian BCF 2022 dan persembaha­n kaum Melayu/ Melanau berlangsun­g pada malam 20 Julai.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian dijangka merasmikan majlis perasmian BCF 2022.

Atur cara disusuli dengan persembaha­n kaum Cina pada 21 Julai dan 22 Julai dikhaskan untuk orang ramai menyambut Hari Sarawak.

“Sambutan Hari Sarawak pada malam itu di Stadium Tertutup Sibu disiarkan secara langsung dari pentas BCF 2022.

“Oleh itu, mereka yang hadir pada BCF 2022 dapat merasai sambutan Hari Sarawak bersama sambil menyaksika­n detik bersejarah bagi Sarawak.

“Sejurus selepas acara Hari

Sarawak diadakan pertunjuka­n bunga api di Fasa 2, Dataran Tun Tuanku Haji Bujang,” katanya.

Dalam pada itu, Bujang turut memberitah­u bahawa buat pertama kalinya acara itu dikunjungi tetamu diraja dari Indonesia iaitu Mangkunega­ran Palace di Surakarta Indonesia sepanjang tempoh BCF 2022.

“Kami juga berbesar hati mempunyai ‘booth’ Indonesia pada Pameran Seni dan Budaya (ACE) dan mereka mempamerka­n pelbagai barangan budaya dan aksesori sepanjang acara itu,” katanya.

Selain itu, MPS turut menganjurk­an ‘food street’ dari 8 hingga 17 Julai dan TRADEX dimulakan pada masa sama hingga 23 Julai.

“Food street ditempatka­n di Pavillion Cina terletak di kawasansam­asepertita­hun-tahun sebelumnya,” jelas beliau.

 ?? ?? JOM MERIAHKAN: Bujang (duduk, dua kanan) bersama yang lain memegang poster BCF 2022 pada sidang media semalam.
JOM MERIAHKAN: Bujang (duduk, dua kanan) bersama yang lain memegang poster BCF 2022 pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia