Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Lapangan Rekreasi Limbang bakal muncul tarikan baharu pelancong

-

Projek Lapangan Rekreasi Limbang yang sedang dibangunka­n di tapak Lapangan Terbang lama bakal muncul sebagai satu lagi daya tarikan pelancong selain menjadi kemudahan rekreasi terbaharu di sini.

Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek bernilai RM15 juta daripada Jabatan Landskap Negara (JLN) itu mengambil masa selama 18 bulan pembinaan dan dijangka siap awal Mac 2023.

Beliau berkata, JLN bersetuju memberi peruntukan dan dana untuk membina projek pada 2018 dan kerajaan negeri bersetuju menyerahka­n tanah itu kepada Majlis Daerah Limbang (MDL) untuk projek sama sejak 2006.

“Beberapa pendekatan dijalankan termasuk pelantikan konsultan, pemilihan kontraktor dan projek ini berjaya dimulakan pada 15 September 2021 mengambil masa 18 bulan pembinaan dan dijangka siap awal Mac tahun depan.

“Taman tersebut apabila siap nanti bukan sahaja untuk kegunaan setempat malah boleh menjadi tarikan pelancong di sini,” katanya ketika ditemui media pada Lawatan Kerja Pemantauan Projek Lapangan Rekreasi Limbang di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berterima kasih kepada JLN kerana melakukan pemantauan rapi termasuk daripada konsultan manakala kontraktor berjaya menjalanka­n kerja dengan begitu baik.

“Pada masa ini projek tersebut hampir 31 peratus siap dan kontraktor menjalanka­n kerja begitu baik meskipun mengalami kelewatan 44.5 peratus disebabkan beberapa faktor seperti cuaca hujan, kekurangan pekerja dan COVID-19.

“Bagaimanap­un, kontraktor memberi jaminan projek itu siap awal daripada jadual ditetapkan. Apabila siap nanti, kemudahan itu memberi pilihan kepada masyarakat untuk rekreasi dan sukan lasak kerana kawasan agak luas,” katanya.

 ?? ?? TARIKAN BAHARU: Dr Abdul Rahman (lima kiri) berpuas hati melihat perkembang­an Projek Lapangan Rekreasi Limbang pada lawatan tersebut.
TARIKAN BAHARU: Dr Abdul Rahman (lima kiri) berpuas hati melihat perkembang­an Projek Lapangan Rekreasi Limbang pada lawatan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia