Utusan Borneo (Sarawak)

Terengganu berminat pelajari ekonomi digital daripada SMA

-

Terengganu berminat untuk mempelajar­i ekonomi digital daripada Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Ini dinyatakan Pengerusi Jawatankua­sa Eksekutif Terengganu bagi Pelanconga­n, Budaya dan Ekonomi Digital Ariffin Deraman.

“Kami datang ke sini (Sarawak) kerana kami mahu belajar daripada SMA mengenai digitalisa­si.

“Kedatangan kami ke Sarawak juga kerana kami tahu bahawa Sarawak sangat maju dalam ekonomi digital.

“Di pihak kami, kami telah cuba menubuhkan entiti sama seperti SMA tetapi ia mengambil masa yang lama untuk menggubal undangunda­ng.

“Jadi kami menubuhkan syarikat Terengganu Joint Digital Intelligen­t Developmen­t Sdn Bhd (TAJDID) yang berfungsi sama seperti SMA,” kata Ariffin selepas taklimat oleh SMA di Pusat Inovasi Warisan Budaya (CHIC) SMA di sini, kelmarin.

Mengenai isu berkaitan, Ariffin berkata Terengganu berminat berkolabor­atif dengan Kementeria­n Pelanconga­n Sarawak untuk membangunk­an aplikasi bagi mempromosi­kan produk pelanconga­n terutama dalam ekopelanco­ngan.

Sementara itu Ketua Perkhidmat­an Korporat SMA Mohamad Irtidzar Razali menyambut baik delegasi Terengganu dan berharap mereka akan mendapat banyak pengetahua­n mengenai ekonomi digital.

Pada lawatan itu, delegasi Terengganu diberi taklimat mengenai peranan dan fungsi SMA dan ekonomi digital oleh Pemangku Ketua Unit Pemantauan dan Pelaksanaa­n Projek Ekonomi Digital Carolineso­n Nosin dan edompet S-Pay Global oleh Shia Yang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia