Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita warga asing terlibat pelacuran didakwa

-

Seorang wanita warga asing didenda RM2,500 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini kerana kesalahan terlibat kegiatan pelacuran.

Liza Laurea dari Filipina didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan memperuntu­kkan hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati terlibat kegiatan pelacuran dengan mencari langganan bagi tujuan persundala­n menawarkan khidmat seks kepada seorang lelaki.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 8.55 malam, pada 21 Jun lalu di sebuah bilik di Jalan Permaisuri di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Syahrizan Taha di hadapan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia