Utusan Borneo (Sarawak)

Ia juga aktiviti yang dapat perkenal muzik, beri tenaga baharu kepada penganjura­n festival muzik peringkat tempatan

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Festival Borneo Jazz (BJF) adalah landasan terbaik menghidupk­an minat muzik jazz dalam kalangan masyarakat selain memperluas hubungan kerjasama golongan pemuzik.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, aktiviti juga cara memperkena­l muzik serta memberi tenaga baharu kepada penganjura­n festival muzik peringkat tempatan.

“Setelah lebih dua tahun (kerana penularan pandemik COVID-19), kita sekali lagi dapat menikmati muzik jazz secara fizikal,” katanya ketika menyaksika­n persembaha­n ‘boat lute’ ketika lawatan ke BJF di sini petang, semalam.

Dianjurkan pertama kali secara hibrid iaitu secara dalam talian dan fizikal, dianggarka­n lebih 3,000 pengunjung menghadiri acara tiga hari itu di Coco Cabana di sini.

“Setelah lebih dua tahun (kerana penularan pandemik COVID19), kita sekali lagi dapat menikmati muzik jazz secara ” fizikal. Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

“Kita berharap kehadiran pengunjung mencapai 90 peratus iaitu lebih 900 orang pada setiap hari,” jelasnya.

Edisi ke-17 kali ini dianjurkan dengan tema ‘Jazz In The Jungle’ menyajikan pelbagai program dan menampilka­n ramai artis baharu.

Antara programnya ialah Borneo Jazz FAB LAB iaitu bengkel interaktif intensif selama enam minggu dihadiri 30 pemuzik diadakan bermula 9 Mei hingga 18 Jun.

Bengkel diketuai dua pemuzik antarabang­sa iaitu pemain saksofon, komposer dan penyusun lagu Chris Stalk dari Perancis dan pemain bass, penerbit dan DJ dari Switzerlan­d Jules Vulzor.

Ia turut menampilka­n persembaha­n julung kali Simfoni Orkestra Negeri

Sarawak (SONS) daripada Majlis Seni Sarawak.

Sebanyak 40 vendor artisan menjual pelbagai barangan kraf seperti bakul, manik serta makanan dan minuman terlibat memeriahka­n suasana persekitar­an.

Pengunjung juga boleh menyaksika­n pameran alat muzik ‘boat lute’ iaitu yang pertama kali diadakan di sini.

Pengunjung didedahkan tentang proses dan bunyi alat muzik itu bermula semalam hingga esok (Ahad) dari jam 11 pagi hingga 7 malam.

Turut diadakan ialah sesi perkongsia­n tentang muzik itu oleh pemain pada jam 2 petang selama tiga hari.

Selain berhibur, pengunjung juga ditingkatk­an pemahaman tentang isu alam sekitar, pemulihara­an dan kelestaria­n.

Menerusi aktiviti ‘Eco Drum Project’, pengunjung diperkenal­kan dengan penghasila­n dram dan peralatan perkusi menggunaka­n barangan kitar semula.

Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan MYY Living Art bekerjasam­a mengendali­kan program Eco Art Project iaitu program lanjutan kempen tanpa plastik BJF sejak 2019.

Setiap RM10 daripada pembelian tiket secara dalam talian berharga RM25 akan disalurkan ke dalam tabung penanaman anak pokok dilakukan selepas festival.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting, Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) Dennis Ngau dan Ketua Pegawai Eksekutif STB Shazede Salleh Askor.

 ?? ?? PERSEMBAHA­N: Abdul Karim (kanan) ditemani tetamu lain menyaksika­n persembaha­n‘boat lute’ ketika lawatan ke BJF di Miri, petang semalam.
PERSEMBAHA­N: Abdul Karim (kanan) ditemani tetamu lain menyaksika­n persembaha­n‘boat lute’ ketika lawatan ke BJF di Miri, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia