Utusan Borneo (Sarawak)

Cari jalan tangani kenaikan harga barangan

Kebanyakan rakyat masih tidak mempunyai pendapatan, kehidupan tidak stabil selepas pandemik COVID-19

- Oleh Andy Sabang

“Rata-rata masyarakat bimbang kerana kenaikan harga barangan dan menambah beban dalam kehidupan ” seharian mereka.

SIBU: Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan TenteraMal­aysia(PVATM) Wilayah Sarawak Jimbau Galau menggesa kerajaan mencari jalan segera menangani isu kenaikan harga barangan.

Menurutnya, kebanyakan rakyat masih tidak mempunyai pendapatan dan kehidupan tidak stabil selepas pandemik COVID-19.

Beliau berkata, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rakyat kini terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barangan.

“Rata-rata masyarakat bimbang kerana kenaikan harga barangan dan menambah beban dalam kehidupan seharian mereka.

“Justeru, saya memohon kerajaan supaya melakukan sesuatu yang konkrit agar kenaikan harga barangan dapat dikawal,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Jimbau menggesa semua kementeria­n dan agensi berkenaan segera menjalanka­n siasatan dan turun padang menjalanka­n operasi membendung masalah kenaikan harga barangan.

Beliau berkata, kerajaan perlu memberi fokus kepada isu kenaikan harga barangan dengan mewujudkan mekanisme baharu mencari jalan penyelesai­an memberi kebaikan kepada rakyat.

“Kenaikan harga barangan bukan sahaja meresahkan pengguna malah turut memberi kesan kepada peniaga dan pemborong kerana golongan itu membeli secara pukal dan mereka berisiko menanggung kerugian jika berlaku lambakan barangan tidak terjual.

“Selain itu, perkara lebih meresahkan berikutan kenaikan harga barangan ketika ini bagaimana dengan nasib kanak-kanak golongan miskin tegar di bandar dan luar bandar,” jelasnya.

Jimbau menambah, kenaikan harga adalah isu utama dihadapi rakyat pada masa sekarang kerana sana-sini rakyat dalam keadaan resah dan gelisah.

“Paling terkesan tentulah rakyat golongan B40. Perbincang­an dan perbahasan dengan input menyeluruh daripada semua pihak adalah penting dalam usaha menangani isu kenaikan harga barangan,” katanya.

Jimbau Galau Yang Dipertua PVATM Wilayah Sarawak

 ?? ?? JIMBAU
JIMBAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia