Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU meraikan penutupan perayaan Gawai

-

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengadakan upacara Ngiling Tikai Gawai Dayak di Lobi Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol di sini, kelmarin.

Upacara ini bertujuan meraikan penutupan sambutan Hari Gawai serta berkongsi kemeriahan tanpa mengira bangsa atau agama.

Dalam ucapan ringkasnya Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan berkata seperti perayaan-perayaan lain, sambutan Hari Gawai Dayak juga penting kerana ia dapat membina satu jati diri sesebuah etnik.

Adat dan tradisi masyarakat Dayak juga dapat menyumbang kepada semangat perpaduan di negara yang dicintai ini.

“Upacara Ngiling Tikai yang kita raikan petang ini merupakan salah satu contoh terbaik dalam usaha untuk mengeratka­n semangat perpaduan dalam kalangan warga kerja DBKU.

“Saya percaya sambutan seperti ini juga dapat membantu membentuk semangat kerja secara berpasukan tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Sementara itu, Tuai Gawai Majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak DBKU 2022 Durie Austine Tinggie berkata, ini merupakan kali ketujuh majlis ini dianjurkan oleh DBKU dan yang pertama selepas dua tahun negara berdepan pandemik COVID-19.

Tema majlis ini adalah Segulai Sejalai yang membawa maksud bersama-sama menuju satu hala.

Majlis ini diadakan secara bergilir-gilir antara kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu dan tahun ini merupakan giliran kaum Iban sebagai Tuai Gawai.

 ?? ?? PENUTUPAN: Junaidi (tengah) dan Durie (dua kiri) bersama yang lain melakukan simbolik Ngiling Tikai sebagai tanda penutupan Gawai Dayak.
PENUTUPAN: Junaidi (tengah) dan Durie (dua kiri) bersama yang lain melakukan simbolik Ngiling Tikai sebagai tanda penutupan Gawai Dayak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia