Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi KPDNHEP pastikan peniaga, pemborong, pembekal tidak menyorok barangan kawalan

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Limbang melancarka­n Ops ATM atau Ops Anti-Sorok Barang Kawalan’ bagi memastikan peniaga, pemborong dan pembekal tidak terbabit atau bersubahat dalam aktiviti menyorok barangan kawalan.

Ketua Cawangan KPDNHEP Bahagian Limbang Pulnama Tarah berkata, pemeriksaa­n secara menyeluruh dijalankan di peringkat pembekal, pemborong dan peruncit dalam Ops ATM dilancarka­n di seluruh negara Julai depan.

“Tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 jika terdapat kegiatan menyorok barangan kawalan selain memastikan ia dijual kepada penjual sekali gus tidak mengambil peluang menaikkan harga barangan kawalan,” katanya ketika ditemui media pada Program Jualan Keluarga Malaysia di Tapak Tamu Khamis/Jumaat, Majlis Daerah Limbang semalam.

Turut hadir Ketua Unit Kepengguna­an KPDNHEP Limbang Khadaffi Biansing.

Pulnama berkata, Ops ATM melibatkan 12 anggota penguat kuasa di Limbang dan dua pegawai penguat kuasa di Lawas.

Katanya, pengguna disaran menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan memberi kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewen­gandanmeny­orok barangan kawalan.

“KPDNHEP juga terus melaksanak­an pemantauan bagi memastikan barangan kawalan mencukupi termasuk minyak masak, tepung, telur, ayam dan barangan lain,” jelasnya.

Program Jualan Keluarga Malaysia diadakan di Parlimen Limbang merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota dan Batu Danau.

“Program itu banyak membantu masyarakat khususnya yang berpendapa­tan rendah menangani kos sara hidup tinggi akibat krisis ekonomi,” katanya.

Menurutnya, program ini mendapat sambutan baik diadakan pada hujung bulan dengan menawarkan pilihan kepada pengguna mendapatka­n pelbagai barangan keperluan harian dengan harga sehingga serendah 50 peratus.

“Program ini akan diteruskan secara spesifik di premis perniagaan dan penurunan harga secara menyeluruh melibatkan banyak item barangan bergantung kepada premis terbabit,” jelasnya.

 ?? ?? MURAH: Pulnama (tengah) memuji tindakan peniaga bawang menjual barang pada harga rendah, kelihatan sama Khadaffi (kanan) di Limbang semalam.
MURAH: Pulnama (tengah) memuji tindakan peniaga bawang menjual barang pada harga rendah, kelihatan sama Khadaffi (kanan) di Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia