Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 7,000 kanak-kanak Little Caliphs sertai Program Simulasi Haji Cilik

-

SEBANYAK 7,150 kanakkanak enam tahun dari 362 tadika Little Caliphs mengikuti Program Simulasi Haji Cilik atau Little Hajj 2022 anjuran Little Caliphs Internatio­nal Sdn Bhd (LCISB), yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di Serdang.

Berpakaian ihram berwarna putih lengkap dengan beg haji dan replika pasport, kanakkanak Little Caliphs dari kawasan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor diberi pendedahan awal berkaitan Rukun Islam kelima dengan dibantu 780 guru-guru mereka yang berperanan sebagai mutawwif.

Bermula seawal 8.30 pagi, kanak-kanak berkenaan dibimbing melaksanak­an Rukun Haji antaranya wukuf, sai’e, melontar jamrah, tahallul dan tawaf mengelilin­gi replika kaabah berketingg­ian 10 kaki.

Ketua Pegawai Eksekutif LCISB Datuk Roslan Nordin berkata program itu adalah satu daripada cara

Little Caliphs memperkena­lkan perintah Allah kepada anak-anak kecil dengan cara menyeronok­kan.

“Mereka bukan saja tengok dan dengar, tapi mereka lakukan sendiri dan lalui sendiri manasik haji itu. Di Little Caliphs kita juga menerangka­n kepada pelajar makna setiap perlakuan seperti sai’e, tawaf dan wukuf serta kita kaitkan dengan sejarah,” katanya kepada media di Program Simulasi Haji Cilik kelmarin.

“Kita ajar mereka haji ini ia berkaitan dengan tunjang kerohanian dalam kurikulum standard prasekolah kebangsaan dikeluarka­n Kementeria­n Pendidikan yang mana dalam tunjang kerohanian ini kita ajar mereka tentang Rukun Iman dan Rukun Islam,” katanya lagi.

Beliau berkata secara keseluruha­n sebanyak 15,000 pelajar enam tahun dari 480 tadika Little Caliphs seluruh negara terlibat dengan Program Little Hajj itu.

Ketua Pegawai Akademik LCISB Datin Dr Sabariah

Faridah Jamaluddin yang juga Pengarah Program berkata selepas dua tahun tidak dapat diadakan secara fizikal dalam kumpulan besar, penganjura­n pada tahun ini amat dinantinan­tikan bukan sahaja oleh pelajar malah ibu bapa.

Kali terakhir diadakan adalah pada 2019 sebelum ia tertangguh selama dua tahun berikutan pandemik COVID19, dan dalam tempoh dua tahun tidak diadakan Program Little Hajj secara fizikal dalam kumpulan besar, setiap tadika Little Caliphs melaksanak­annya secara kecil-kecilan, katanya.

“Masa itu setiap tadika kami pantau buat haji di tadika masing-masing dan kami bagi softcopy untuk pihak pengurusan mengadakan replika kaabah, papan tanda dan sebagainya. Tahun ini saya amat gembira kerana anak-anak ini sedang manasik haji dan cara kami mengajar juga di luar bilik darjah,” katanya.

Beliau berkata pelajarpel­ajar tersebut didedakan kaedah praktikal ‘Naik Haji’ seiring dengan pendekatan metadologi Pembelajar­an Berasaskan Projek secara amali Program The Little Caliphs.

“Ia adalah projek dua minggu iaitu sebelum mereka datang ke sini untuk melaksanak­an Rukun Haji secara praktikal, para pelajar diajar terlebih dahulu di dalam kelas dan buat manasik haji di tadika masing-masing,” katanya.

Sabariah Faridah berkata pihak pengurusan LCISB turut mendapatka­n khidmat nasihat dari Lembaga Tabung Haji bagi memastikan setiap yang diajar kepada kanakkanak sama dengan apa yang dilakukan secara realitinya.

Muhammad Ammar Mirza Sha Adli, 6, dari Little Caliphs Puncak Utama yang menyertai program itu bersama 19 rakan tadikanya yang lain, berkata dia seronok terlibat sama dalam melaksanak­an manasik haji.

“Saya rasa seronok dan terbaik sebab dapat jumpa kawan. Saya nak pergi haji apabila besar nanti,” katanya aktiviti mengelilin­gi atau tawaf replika Kaabah adalah yang paling disukai.

Waffa A. Rahim, yang mengusahak­an enam cawangan Little Caliphs, berkata program itu sememangny­a dinantikan ibu bapa setiap tahun dan menyifatka­n pelaksanaa­n manasik haji itu adalah kemuncak kanak-kanak di Little Caliphs memahami tentang kelima-lima Rukun Islam selepas didedahkan dengan asas pendidikan agama seawal usia empat tahun lagi.

“Apabila dah sampai Program Little Hajj, maknanya anak-anak dah selesai (Rukun Islam) dari kalimah dua syahadah sampai kepada rukun mengerjaka­n haji. Program ini adalah cara kita mengajar mereka dalam suasana pembelajar­an yang menyeronok­kan dan bukan sekadar baca daripada buku,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MELONTAR JAMRAT: Sebahagian daripada kanak-kanak Little Caliphs melakukan salah satu rukun haji iaitu melontar jamrat aqabah pada Program Simulasi Haji Cilik 2022M/1443M di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, kelmarin.
— Gambar Bernama MELONTAR JAMRAT: Sebahagian daripada kanak-kanak Little Caliphs melakukan salah satu rukun haji iaitu melontar jamrat aqabah pada Program Simulasi Haji Cilik 2022M/1443M di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, kelmarin.
 ?? ?? TAWAF: Sebahagian daripada kanak-kanak Little Caliphs melakukan Tawaf Perdana pada Program Simulasi Haji Cilik 2022M/1443M di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, kelmarin.
TAWAF: Sebahagian daripada kanak-kanak Little Caliphs melakukan Tawaf Perdana pada Program Simulasi Haji Cilik 2022M/1443M di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ??
— Gambar Bernama
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BERMALAM: Seramai 7,150 kanak-kanak Little Caliphs dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya menyertai program tersebut seperti bermalam di Muzdalifah, Mabit di Mina, Saei, Melontar Jamrah, Tawaf dan Bertahallu­l di Serdang, kelmarin.
— Gambar Bernama BERMALAM: Seramai 7,150 kanak-kanak Little Caliphs dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya menyertai program tersebut seperti bermalam di Muzdalifah, Mabit di Mina, Saei, Melontar Jamrah, Tawaf dan Bertahallu­l di Serdang, kelmarin.
 ?? ?? ROSLAN NORDIN
ROSLAN NORDIN
 ?? ?? SABARIAH FARIDAH
SABARIAH FARIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia