Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa jalan dilencong sepanjang kerja pembinaan Waterfront Marudi

-

Sebahagian Jalan Kapitan Lim Ching Kiat di sini akan ditutup mulai 25 Jun hingga 2 Julai disebabkan kerja-kerja pembinaan projek Waterfront Marudi.

Menurut Setiausaha Majlis Daerah Marudi, aliran trafik dari arah Jalan Limbang, Jalan Kapitan Lim Ching Kiat menuju ke Jalan Nakhoda Abang Matasim akan dilencongk­an melalui Jalan Wira atau Lorong Marudi 5, justeru jentera berat digalakkan menggunaka­n Jalan Wira.

Berikutnya, aliran trafik dari Jalan Nakhoda Abang Matasim yang menggunaka­n Jalan Kapitan Lim Ching Kiat ke Jalan Limbang akan dilencongk­an melalui Jalan Permaisuri.

Katanya pihak kontraktor akan memaklumka­n sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan yang terlibat.

Pengguna jalan raya diminta berhati-hati memandu di laluan berkenaan semasa kerja-kerja dijalankan dan mematuhi segala papan tanda trafik yang telah dipasang.

Justeru, pihak Majlis juga menyeru kepada orang awam agar tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakka­n kesesakan lalu lintas.

Orang awam dimohon untuk mengambil maklum dan perhatian mengenai perkara ini dan pihak Majlis memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia