Utusan Borneo (Sarawak)

WHO mulakan perbincang­an mengenai isytihar cacar monyet kecemasan global

-

Satu jawatankua­sa khas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula bermesyuar­at kelmarin untuk memutuskan sama ada cacar monyet perlu diisytihar­kan sebagai “kecemasan kesihatan awam” global, di tengah-tengah penularan wabak itu di kebanyakan negara-negara Eropah.

Jawatankua­sa itu juga akan menasihati ketua WHO sama ada wabak itu mencetuska­n Kecemasan Kesihatan Awam yang menjadi Kebimbanga­n

Antarabang­sa (PHEIC), iaitu peringkat amaran tertinggi WHO.

Sejak awal Mei, kes cacar monyet telah direkodkan di pelbagai negara bukan endemik, termasuk laporan penularan di beberapa negara endemik, menurut WHO.

Setakat 21 Jun, sebanyak 2,746 kes cacar monyet telah dikenal pasti di 29 negara di seluruh rantau Eropah.

Kebanyakan kes mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara di Eropah dan

Amerika Utara berbanding negara-negara endemik seperti Afrika Barat atau Afrika Tengah.

Ini merupakan pertama kali kes dan kluster cacar monyet dilaporkan secara serentak di pelbagai negara yang memiliki keadaan geografi berbeza.

“Kebanyakan kes yang dilaporkan setakat ini telah dikenal pasti melanggan perkhidmat­an seksual, kebanyakan­nya membabitka­n golongan gay,” menurut WHO.

Sehingga kini ada sembilan jawatankua­sa kecemasan di bawah pengawalan kesihatan antarabang­sa termasuk dua mengenai polio dan COVID-19.

Wabak cacar monyet ialah orthopoxvi­rus yang menyebabka­n penyakit dengan simptom yang hampir serupa dengan cacar.

Cacar telah dibasmi sepenuhnya pada 1980, tetapi cacar monyet terus menular di negara-negara di bahagian tengah dan barat Afrika, menurut WHO. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia